HalalXPlorer Logo
28 May 2020

Travel secara normal tidak akan wujud sehingga 2023

Kongsikan:

United Nations World Tourism Organization (UNWTO) menyatakan terdapat hanya lebih kurang 25 juta kehadiran pelancong di seluruh dunia pada 1950. Namun, 68 tahun kemudian (2018) , jumlah kehadiran pelancong di seluruh dunia telah meningkat kepada 1.4Billion pelancong, per tahun. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 56 kali ganda. Ini membuktikan aktiviti melancong sebagai salah-satu aktiviti normal masyarakat , bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia.

Hal ini berlaku disebabkan kadar tambang perjalanan udara jarak jauh yang menjadi lebih berpatutan saban tahun seiring peningkatan teknologi yang digunapakai oleh syarikat penerbangan. Antaranya pesawat moden menggunakan bahan bakar dengan lebih cekap dan sebagainya. Secara mudah, industri penerbangan betul-betul mengubah landskap industri pelancongan, mobiliti masyarakat dan juga hal logistik.

Namun, bermula di awal tahun 2020, nampak gayanya ada sesuatu yang bakal berubah dek kerana COVID-19. Walaupun pandemik COVID-19 ini dijangka tidak berlaku terlalu lama (selepas ini akan dikenali sebagai endemik jika tiada penularan besar-besaran), namun kesan daripada krisis pandemik ini pasti akan mengubah corak dunia normal yang kita diami hari ini. Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia tergugat kesan daripada pandemik COVID-19 , perjalanan antarabangsa juga dijangkakan akan menerima impak yang lebih besar berbanding ramalan awal sebelum ini. International Air Transport Association (IATA) menerusi kajian global terbaru mereka, menjangkakan perjalanan antarabangsa melalui penerbangan awam tidak mungkin akan kembali ke tahap pra-koronavirus sehingga tahun 2023 nanti.

https://twitter.com/BreakfastNews/status/1260674492503736321

"Hari ini kami telah menerbitkan ramalan baru mengenai potensi pemulihan lalu lintas udara, dan apa yang kami lihat ialah keadaan akan kembali normal pada tahun 2023, yang lebih lambat daripada ramalan kami sebelumnya,"

kata ketua eksekutif IATA Alexandre de Juniac kepada ABC News Breakfast pada 14 Mei.

Mereka juga mengatakan bahawa permintaan untuk perjalanan udara telah menurun lebih dari 90% di Eropah dan Amerika Syarikat sejak bermulanya wabak ini, dan memberi amaran bahawa pemulihan akan menjadi lebih perlahan jika penutupan dan sekatan perjalanan dilanjutkan.

Walaupun beberapa perjalanan antarabangsa mungkin akan dimulakan semula dalam tempoh 12 bulan akan datang, ramalan IATA mengatakan bahawa impak COVID-19 pada perjalanan udara dunia , khususnya perjalanan jarak jauh akan lebih parah dan untuk jangka masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan pada mulanya.

Ini kerana beberapa perjalanan antarabangsa yang akan disambung operasi pada tahun hadapan (2021) kemungkinan besar hanya akan digunakan oleh golongan profesional, usahawan, orang kenamaan, atau yang mereka yang mempunyai urusan penting sahaja.

Peraturan dan pelbagai prosedur yang dikenakan oleh kerajaan antaranya mewajibkan seseorang untuk melalui proses saringan dan kuarantin selepas pulang dari luar negara dan penutupan sempadan kebanyakan negara menjadikan perjalanan travel secara suka-suka atau percutian saja-saja tidak praktikal buat masa ini. Yelah, siapa nak bercuti kalau kena isi segala macam borang dan proses.

Antara perkara yang paling tidak mahu dihadapi oleh orang ramai adalah proses kuarantin selepas pulang dari luar negara. Dalam kajian IATA, Lebih dari 2/3 responden mengatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk membatalkan rancangan untuk travel sepenuhnya jika mereka diwajibkan menjalani proses kuarantin 14-hari selepas pulang.

IATA juga mengatakan perjalanan antarabangsa pada tahap yang sama seperti 2019 adalah sangat mustahil sehingga vaksin dapat dihasilkan dan diberikan kepada kerajaan pelbagai negara untuk kegunaan umum.

Walaupun begitu, setelah vaksin tersedia secara meluas dan krisis pandemik ini berakhir sekalipun, kepercayaan dan keberanian orang ramai untuk kembali melakukan perjalanan antarabangsa akan memakan masa bertahun-tahun untuk dipulihkan, yang bermaksud syarikat penerbangan terpaksa menggunakan hanya sedikit pesawat mereka, membawa kepada kerugian bertahun-tahun.

Secara keseluruhan , mereka mengatakan bahawa kita akan kembali ke dunia penerbangan yang progesif pada tahun 2023, dan perkembangan itu akan dimulakan dengan penerbangan domestik

Sebelum ini, Atmosphere Research Group (ARG) yang berpengkalan di San Fransicso, Amerika Syarikat telah terlebih dahulu mewar-warkan penemuan analisis mereka. Mereka mengatakan dunia penerbangan memerlukan sekurang-kurangnya 24 bulan atau 2 tahun untuk kembali ke keadaan normal melalui beberapa fasa.

FASA 1 :
Perjalanan 6-9 bulan pertama pasca-coronavirus (pertengahan akhir tahun 2021, insyaAllah) kita akan melihat apa yang digelar oleh ARG sebagai 'tiptoe travelers'.

Walaupun kumpulan ini akan merangkumi beberapa business travelers, namun penerbangan pada fasa ini dijangkakan penerbangan yang bersifat peribadi dan percutian. Kumpulan yang terbang pada fasa ini dijangkakan mempunyai pendidikan dan juga pendapatan yang tinggi. Mungkin kebanyakan mereka akan memfokuskan perjalanan domestik , tetapi sebahagian yang lain akan pergi ke luar negara.

FASA 2 :
Di antara 8-16 bulan berikutnya (hingga pertengahan 2022) ARG meramalkan gelombanng yang mereka gelar sebagai 'perintis'. Kumpulan ini akan didahului oleh business travelers dan juga frequent travelers dari kelompok pertengahan hingga tinggi, dengan pendapatan isi rumah sebanyak AS $ 125k dan lebih tinggi. Mereka dijangka untuk melakukan penerbangan jarak jauh.

FASA 3:
Di 12-18 bulan berikut, mereka akan disertai oleh 'fast followers', keraa pada masa itu industri penerbangan dilihat menerima penumpang 'business travelers' pada kadar normal dan tempahan kabin peremium, dan first class yang memberangsangkan. Dijangka pada akhir 2022, keseluruhan business travel atau sebahagian besarnya akan kembali normal. Paling busuk pun, hampir normal.

FASA 4:
Di tahap 16-24 bulan selepas COVID-19 berada dalam kawalan, travalers yang lain akan ikut join. Dijangkakan pada masa itu, jumlah penumpang penerbangan ada 80%-90% pada kadar normal sebelum krisis COVID-19.

FASA 5:
24 bulan ke atas selepas krisis pandemik COVID-19, industri penerbangan dijangkakan akan kembali normal seperti sebelum ini.

Untuk lebih banyak berita penerbangan, klik disini

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA