Tahun 2020 ini mungkin tahun yang membosankan buat traveler. Yelah, hampir 3 bulan kita terkurung tak boleh ke mana-mana. Bulan 1,2 dan 3 pula badan belum warm-up lagi untuk travel. Akhirnya, dah separuh tahun 2020 pun kita tak ke mana-mana.
Ini bukan sahaja dirasai oleh traveler secara individu, tetapi agensi pelancongan, kerajaan, pengusaha hotel, pengusaha pusat-pusat tarikan pelancongan pun merasai perkara yang sama, iaitu 2020 tahun suram buat sektor pelancongan.
Termasuklah Jepun , mereka merekodkan hanya 2,900 pelancong asing yang melawat Jepun pada April 2020. Ui ! 2,900 orang pelancong asing dalam seluruh negara Jepun tau, bukannya di sesuatu kawasan. Menurut Japan Times, Jika dibandingkan dengan data pada April 2019, jumlah ini adalah penurunan 99.9% !
Sumber : Nikkei Asian Review
Selain itu, industri perhotelan di Jepun juga merudum sehingga 90% pada bulan Mac dan April 2020, menurut data tinjaun yang dibuat oleh Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism. Menurut data tersebut, perniagaan kecil dan sederhana juga terjejas sehingga 70% di Jepun.
Situasi COVID-19 di Jepun sebenarnya tidaklah terlalu teruk berbanding beberapa negara maju yang lain. Tetapi, penurunan pelancong ini adalah kerana negara-negara yang tidak membenarkan warganya keluar sempadan, kejatuhan industri penerbangan dan sebagainya.
Disebabkan sektor ekonomi yang merudum sejak COVID-19 menggila, ramai juga dikalangan masyarakat dunia yang kehilangan punca pendapatan sekaligus menyukarkan mereka untuk kembali melancong. Jika COVID-19 lesap dengan ajaib esok hari pun, pasti akan ada travelers yang sudah merancang untuk melancong terpaksa batalkan sahaja disebabkan gawatnya situasi kewangan sekarang. Ditambah lagi dengan trauma dan ketakutan akibat pandemik COVID-19 yang mungkin berpanjangan sehingga 3 tahun lagi.
Jepun sedar hal ini, dan berkeinginan untuk mengembalikan sektor pelancongan seperti sediakala. Untuk itu, mereka merancang untuk menanggung separuh kos percutian warga asing ke negara Jepun dengan bajet keseluruhan kira-kira ¥1.35 trillion atau $12.5 billion dalam Dollar Amerika , atau 5.45 Trillion dalam Ringgit Malaysia.
Punya banyak 5.45 trillion ini sampai kami kena check betul-betul berapa digit kena ada. Jumlahnya dalam bentuk digit penuh adalah 545437329469 Ringgit Malaysia .
Peruntukan ini akan mula diberikan pada bulan Julai 2020, jika Pandemik COVID-19 dapat dikawal dengan baik. Bagaimanapun, bagaimana proses implementasi , kriteria pelancong yang layak, kos apa yang akan ditanggung, bagaimana wang disalurkan dan lain-lain lagi masih belum diberitahu secara terperinci.
Sama-sama kita nantikan, dan kalau semuanya baik-baik sahaja, kita ON terus ! insyaAllah.
Apapun, kita merancang, Allah juga merancang. Ketahuilah, Allah sebaik-baik perancang.