Jika anda mencari tempat yang santai dan mahukan persekitaran jauh dari kota , haa meh tengok perkongsian dari Cik Sara mengenai percutiannya ke Farm Ville Cafe & Homestay yang terletak di Sekinchan, Selangor.
Menariknya di Farm Ville Cafe & Homestay ini adalah anda dapat merasa pengalaman tidur dalam kontena ! Ditambah pula dengan pemandangan sawah padi yang menghijau mengelilingi kawasan ini. Rasa tenang sangat !
Bilik
Untuk pecutian ini, Cik Sara mengambil 'family room upstairs' yang dapat memuatkan 4 tetamu. Bilik dengan view sawah padi pun ada juga, tetapi full pula, hanya tinggal family room.
Family room ni ada dua katil queen & dua aircond, so tak ada la rasa panas. Tuala juga disediakan oleh pihak homestay. Bilik selesa, tandas pun bersih. Tetapi TV tak ada dalam bilik. Ok la kan, time cuti-cuti bukan nak tengok tv sangat. Tak ada pun tak apa.
Fasiliti
Dekat dalam ni ada juga swimming pool. Tapi macam sesuai untuk budak-budak je. Sesiapa yang bawa anak tu, boleh la anak-anak mandi swimming pool. Pantry pun ada. Kalau sesiapa yang nak bbq, nak simpan bahan-bahan untuk bbq, boleh simpan dalam peti dekat pantry. Dekat homestay ada car park, so takde la risau nak park kereta dekat mana.
Aktiviti
Petang-petang boleh ronda sawah padi naik basikal sambil bergambar. Boleh sewa basikal dekat homestay. Harga RM10-15 sejam.
Kalau malam nak bbq dekat sini pun boleh. Kalau dah pergi sini, jangan lupa singgah makan dekat Satay Hut. Satay sedap, semua makanan sedap. Memang puas hati. Nak pergi sini kena pergi awal, kalau lambat meja full.
Sebelum anda nak pergi Farm Ville Cafe & Homestay, boleh cuba hubungi dahulu pihak mereka untuk tanya sama ada padi tengah menghijau atau tidak. Kena ingat ya, bukan semua musim ada padi.
Untuk tempahan boleh hubungi L 017-2068666 (ws).