HalalXPlorer Logo
04 April 2022

Santan AirAsia Perkenal Menu Baharu Sempena Ramadhan, Bermula RM3.50 Sahaja

Kongsikan:

Santan AirAsia perkenal menu baru sempena Ramadhan tahun ini dengan harga bermula dari RM3.50

Santan AirAsia Perkenal Menu Baharu Sempena Ramadhan, Bermula RM3.50 Sahaja


1) Nasi Lemak Goreng Ayam Berempah

Santan AirAsia Perkenal Menu Baharu Sempena Ramadhan, Bermula RM3.50 Sahaja

Nasi lemak klasik Santan cuma ini versi goreng. Dihidangkan bersama telur mata, ikan bilis goreng, kacang dan sambal signature Santan.

2) Nasi Lemak Daging Serai & Sambal Kacang

Santan AirAsia Perkenal Menu Baharu Sempena Ramadhan, Bermula RM3.50 Sahaja

Nasi Lemak Pak Nasser dihidangkan dengan hirisan daging yang diperap dengan serai wangi dan rempah ratus. Dimakan bersama kuah kacang.

3) Sambal Kangkung

Kangkung segar, digoreng dengan sambal. Tidak terlalu pedas, tidak pula terlalu manis, hidangan ini sesuai untuk dihidangkan bersama juadah anda yang lain.

4) Puding Kelapa

Dibuat secara segar dengan ramuan utamanya santan kelapa. Tekstur lembut seperti jeli, pencuci mulut ini paling sesuai dinikmati dalam keadaan sejuk.

5) Sirap Bandung

Yang ini memang kesukaan ramai. Sirap Bandung yang ikonik mesti di cuba di Santan airasia. Dengan campuran sirap ros dan susu, ia adalah penghilang dahaga yang segar apa lagi dalam cuaca panas.

Santan AirAsia Perkenal Menu Baharu Sempena Ramadhan, Bermula RM3.50 Sahaja
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA