HalalXPlorer Logo
airasia super+
03 April 2022

Pas Airasia Super+ : Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !

Kongsikan:

Syarikat penerbangan AirAsia telah melancarkan satu pas baharu yang menggabungkan pelbagai servis & perkhidmatan mereka iaitu pas SUPER+ pada kadar harga RM639 untuk setahun.

Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !

Kegunaan & Kelebihan

Umum mengetahui syarikat induk Airasia atau dengan nama baharunya Capital A bukan lagi sebuah syarikat penerbangan biasa sahaja, tetapi telah berevolusi menjadi sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai servis & perkhidmatan seperti tempahan hotel, penghantaran makanan, e-hailing, insurans dan pelbagai lagi.

Inisiatif ini anda boleh lihat melalui aplikasi telefon bimbit mereka yang kini dinamakan Airasia Super App.

Jadi, pas Super+ yang dijual oleh Airasia ini bukan sahaja pas untuk mendapatkan tiket penerbangan, tetapi ia adalah pakej tiket penerbangan percuma tanpa had, penghantaran percuma tanpa had untuk pembelian makanan di AirAsia Food, serta insuran COVID-19 selama setahun.

Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !

Syarat

Tiket penerbangan percuma sepanjang tahun ? Bunyinya macam terlalu bagus kan ? Sebenarnya, ia tidak semudah yang disangka, tetapi kelebihan ini hadir dengan beberapa syarat.

Anda hanya akan mendapat tiket penerbangan (tempat duduk) percuma tetapi segala jenis cukai dan caj seperti caj perkhidmatan, surcaj bahan api, levi pelepasan Malaysia dan cukai lapangan terbang serta lain-lain 'add-on' seperti makanan, bagasi, ruang kaki lebih luas perlu dibayar oleh anda.

Dikatakan, setiap penerbangan juga mempunyai kuota tertentu. Jadi, anda tidak boleh sewenang-wenangnya menebus tiket percuma ini.

Tiket percuma ini juga tidak tersedia bagi semua tarikh dan destinasi perjalanan. Tiket penerbangan percuma ini hanya tersedia bagi penerbangan domestik dan destinasi ASEAN dengan kod penerbangan AK, FD, Z2, dan QZ .

Antara destinasi menarik yang anda boleh kunjungi adalah seperti berikut :

Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !
May be an image of palm trees, outdoors and text
Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !
May be an image of outdoors and text that says 'Bangkok, Thailand'
Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !
May be an image of nature, twilight, sky and lake
Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !
Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !
May be an image of 1 person, nature and body of water

Tetapi, tidak pada semua tarikh tau. Orang putih kata, ada 'blackout date' di tarikh-tarikh tertentu. Misalnya pada cuti panjang, perayaan dan sebagainya.

Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !
Tarikh 'Blackout Dates' bagi Pemegang Pas Super+

Pemegang pas hanya dibenarkan membuat maksimum dua perjalanan penerbangan pada hari yang sama. Anda juga dibenarkan sehingga tiga kali tidak hadir untuk penerbangan.

Selain itu, jika penerbangan anda yang dijadualkan itu dibatalkan, ditangguhkan atau dijadualkan semula, AirAsia boleh jadualkan anda ke penerbangan lain yang terawal bergantung kepada ketersediaan ruang, tanpa dikenakan caj tambahan.

Bagaimanapula dengan penghantaran makanan AirAsia Food secara percuma ? Ya, anda boleh mendapatkan penghantaran makanan secara percuma dengan syarat pembelian makanan atau minuman anda melebihi RM15.

Bagi insurans pula, anda akan dilindungi dengan kadar bayaran sebanyak 35 USD ataupun kira-kira RM150 sekiranya berlaku pembatalan penerbangan yang tidak dapat dielakkan disebabkan oleh mana-mana peristiwa berikut :

  1. Pengguna SUPER+ didiagnos COVID-19 dalam masa 7 hari sebelum perjalanan
  2. Pelanggan SUPER+ mengalami hilang keupayaan yang mengakibatkan kematian, hilang keupayaan kekal secara menyeluruh atau pengguna, ahli keluarga atau rakan perjalanan pemegang pas dimasukkan ke hospital dalam tempoh 14 hari sebelum perjalanan.
  3. Berlakunya kebakaran atau bencana alam yang mengakibatkan kerosakan serius pada rumah pemegang pas atau destinasi perjalanan yang dirancang
  4. Berlaku peristiwa yang boleh membahayakan nyawa pemegang pas
  5. Bencana alam yang tidak terhad kepada letusan gunung berapi, banjir, gempa bumi, tsunami, taufan atau kebakaran hutan yang berlaku di negara destinasi.

Namun, pengguna hanya boleh menuntut pampasan untuk sebarang pembatalan penerbangan, sekali sahaja dalam tempoh lima belas hari bagi sebarang situasi yang dinyatakan di atas. Maksudnya, jika anda mempunyai 2 atau lebih penerbangan dalam tempoh lima belas hari, hanya satu tuntutan sahaja boleh dibuat.

Anda juga perlu tahu bahawa ini bukanlah insuran yang ditetapkan kerajaan sebagai perlindungan jika anda terkena jangkitan COVID-19 di negara lain. Sebaliknya, ini hanyalah insuran sebelum anda lakukan penerbangan. Banyak negara yang mewajibkan pelancong mempunyai insuran COVID-19 sebelum mendarat dan anda perlu dapatkannya secara berasingan.

Berbaloi Atau Tidak ?

Bagi kami, pas ini memang berbaloi dan berguna untuk sesiapa sahaja yang mempunyai masa fleksibel untuk membuat penerbangan ke mana-mana destinasi. Tetapi, jika anda jenis perlu tunggu hujung minggu, cuti panjang atau cuti sekolah untuk travel mungkin boleh lupakan pas ini. Itu pendapat kami lah yer.

Cara Mendapatkan Pas Super+

Pas ini hanya tersedia kepada 200,000 pembeli pertama. Tempoh jualan pas ini asalnya adalah dari 28 Mac sehingga 2 April 2022 tetapi kini dilanjutkan sehingga 3 April 2022. Jika anda berminat untuk mendapatkan pas Super+ ini, anda boleh klik disini

Pas Airasia Super+ :  Tawar Tiket Penerbangan, Penghantaran Makanan Serta Insurans COVID-19 Percuma Selama Setahun !
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA