Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berharap agar kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri bagi individu yang sudah mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19 agar pelancongan domestik yang sudah lama terhenti akibat pandemik COVID-19. dapat disemarakkan semula.
Harapan itu disuarakan setelah melihat kepentingan untuk mengimbangi semula kerugian sektor pelancongan selama sekatan merentas negeri, sekali gus meningkatkan semula pendapatan masyarakat tempatan dalam bidang terbabit.
Kata beliau, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu memastikan imuniti kelompok dicapai di lokasi pelancongan terkenal tempatan bagi membolehkan pembukaan semula industri pelancongan.
Jelas beliau lagi, MATA menyaran agar Kerajaan dapat meluaskan program imunisai ke pulau peranginan lain supaya lebih banyak pihak yang terbabit dalam industri pelancongan dapat divaksinasikan secara besarbesaran,”
Ini kerana jelasnya, pembukaan semula pelancongan domestik disifatkan penting untuk mengimbangi semula kerugian.

“Ia sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat tempatan dalam bidang terbabit terutamanya melibatkan ahli-ahli kami.
“MATA memandang, program vaksinasi ini amat penting kepada barisan hadapan dalam bidang pelancongan seperti pekerja hotel, sektor penerbangan dan sub pelancongan seperti pekerja spa dan mereka terbabit dalam seni muzik,” tambahnya.