Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar, Perlis akan dibuka hari ini, 5 Mei 2022 , bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Taib berkata pengembara tempatan dan juga pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Antara syarat yang ditetapkan oleh KKM adalah pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.
Bulan lepas, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April.