HalalXPlorer Logo
AirAsia Mohon Maaf
18 May 2022

Siasatan KPDNHEP Berkenaan Penundaan Penerbangan : AirAsia Akan Respon Dalam Masa 24 Jam

Kongsikan:

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia akan memberikan maklum balas dalam tempoh 24 jam kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung isu kelewatan penerbangan yang dilaporkan berlaku baru-baru ini.

BACA : KPDNHEP AKAN SIASAT AIRASIA BERHUBUNG DAKWAAN TUNDA PENERBANGAN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi ciapan di Twitter berkata, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan syarikat penerbangan tersebut dan beberapa isu telah dibangkitkan.

Siasatan KPDNHEP Berkenaan Penundaan Penerbangan : AirAsia Akan Respon Dalam Masa 24 Jam

Antaranya, menurut beliau, adalah penangguhan jadual penerbangan serta semakan semula jadual penerbangan sehingga menjangkau lebih enam jam.

“Turut dibangkitkan kelayakan pengguna mendapatkan pampasan sekiranya mengalami kelewatan penerbangan sebegini.

“Bagi memudahkan pengguna, saya meminta AirAsia untuk menyediakan carta aliran mengenai proses memfailkan aduan rasmi bagi mendapatkan pampasan tertakluk kepada garis panduan ditetapkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebagai agensi kawal selia dalam isu ini,” katanya.

Siasatan KPDNHEP Berkenaan Penundaan Penerbangan : AirAsia Akan Respon Dalam Masa 24 Jam

Dalam pada itu, Alexander berkata, meskipun perihal mengenai industri penerbangan banyak tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT), beliau sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan campur tangan sekiranya hak pengguna terkait sama.

Malaysia's AirAsia to buy Gojek's Thai business for $50 mln in shares |  Reuters

“Rentetan itu, saya mendesak supaya MOT dan Mavcom untuk lebih proaktif serta tampil untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu ini,” ciapnya. 

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA