Walaupun krisis pandemik COVID-19 telah membunuh dengan kejam sektor pelancongan di serata dunia. Tetapi, ada beberapa negara yang telah cuba bangkit melawan dengan membuka sempadan mereka buat pelancong.
Biarpun tidak sepenuhnya , dan kawalan di sempadan juga ketat namun usaha ini sedikit sebanyak dapat menghidupkan semula sektor pelancongan di negara tersebut. Orang putih kata, slowly but surely.
Terdapat 4 buah negara di Asia yang membuka sempadan mereka iaitu :
Kemboja
Sumber : Touropia
Negara yang terletak di Asia Tenggara ini begitu terkenal dengan kuil lama, dibina sejak kurun ke-12 dan mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tapak warisan dunia daripada UNESCO.
Pelancong dari serata dunia dibenarkan untuk memasuki Kemboja, tetapi mereka mesti memiliki sijil perakuan daripada pihak kesihatan sebagai bukti mereka bebas dari penyakit COVID-19.
Selain itu, pelancong perlu mempunyai perlindungan insurans kesihatan , dengan jumlah perlindungan minimum adalah US$50,000 dan juga memohon visa sebelum ketibaan (visa before arrival) .
Iran
Secara mudahnya, Iran sememangnya membuka sempadan negara mereka. Tetapi, pada masa yang sama, banyak syarikat penerbangan tidak lagi melakukan penerbangan keluar dan masuk ke Iran. Negara jiran mereka juga menutup pintu sempadan darat masing-masing atau mengawal para pelancong dari Iran.
Buat masa sekarang, nampak macam tak function jer iran buka sempadan. Apapun, kita tunggu maklumat dalam masa terdekat.
Korea Selatan
Kesemua ketibaan pelancong asing akan dikenakan saringan COVID-19 sebaik sahaja mereka tiba. Tempoh ujian dan menunggu keputusan boleh memakan masa sehingga 24 jam. Untuk itu, pelancong akan dibawa ke fasiliti berasingan sementara menunggu.
Jikalau seseorang didapati positif, mereka akan dibawa ke institusi kesihatan. Siapa nak kena bayar, kami tiada maklumat.
Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Walaupun membuka sempadan, tetapi tidaklah terlalu terbuka untuk semua pelancong. Hanya yang terpilih sahaja boleh memasuki UAE. Contohnya, warganegara Britain boleh ke UAE dengan syarat mereka melepasi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negara tersebut.
Walaupun krisis COVID-19 tidak seteruk di Eropah dan Amerika, tetapi nampaknya begitu banyak negara-negara di Asia masih lagi menutup sempadan mereka bagi membendung penularan wabak ini.
Untuk melihat senarai negara Eropah yang membuka sempadan untuk Summer Holiday disini