Masjid Al-Aqsa
Sumber : Al-Jazeera
Masjid Al-Aqsa, iaitu masjid ke-3 paling suci bagi ummat Islam yang terletak di Baitulmaqdis dilaporkan akan dibuka semula untuk para jemaah mulai 31 Mei setelah ditutup selama lebih dari dua bulan kerana wabak coronavirus, kata pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengawasi tempat-tempat suci kota itu pada 27 Mei.
Langkah pencegahan akan diambil di pintu masuk masjid, Sheikh Omar Al-Kiswani, pengarah Masjid Al-Aqsa, mengumumkan setelah pertemuan yang diadakan oleh Jabatan Wakaf Islam yang dikendalikan oleh Jordan untuk membincangkan langkah-langkah terbaru mengenai masjid tersebut.
Sheikh Omar Al-Kiswani.
Sumber : Palestine Chronicle
Sementara itu, pihak berkuasa tidak akan mengenakan had jumlah orang yang dibenarkan bersolat di dalam masjid.
Masjid ini ditutup untuk semua jemaah pada akhir Mac di tengah kekalutan menghadapi coronavirus di wilayah Palestin.
Pada hari Rabu 27 Mei 2020, Palestin mencatatkan sejumlah 613 kes coronavirus, termasuk lima kematian.
Sumber : Anadolu Agency