HalalXPlorer Logo
03 April 2022

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza

Kongsikan:
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam Bangunan Kaca di Nilai, Negeri Sembilan

Kalau anda mencari port makan menarik tidak jauh dari Kuala Lumpur, mungkin Gastrohub di Nilai, Negeri Sembilan patut dimasukkan ke dalam senarai anda.

Gastrohub adalah merupakan sebuah restoran dalam sebuah bangunan bersendiri dan mempunyai 3 bahagian tempat duduk. Nama gastrohub ini adalah merupakan gabungan daripada perkataan Gastronomy dan juga Hub.

Gastronomy bermaksud seni dalam pembuatan, pemilihan dan menikmati sajian lazat manakala hub adalah ruang bagi sesuatu benda atau aktiviti dikumpulkan.

Sebaik saja masuk ke restoran ini, anda akan melihat ruang makan pertama, indoor dining. Dengan rekaan dalaman kontemporari, ruang ini sangat luas dan mempesonakan.

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam Bangunan Kaca di Nilai, Negeri Sembilan
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam Bangunan Kaca di Nilai, Negeri Sembilan
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam Bangunan Kaca di Nilai, Negeri Sembilan

Bahagian kedua merupakan ruang makan di luar atau al-fresco dining. Di sini, anda dikelilingi landskap indah dan pokok-pokok yang dipilih dengan teliti untuk membangkitkan suasana tenang tetapi elegan.

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza

Bahagian terakhir adalah bahagian yang menjadikan restoran ini tular di laman media sosial, iaitu glasshouse dining. 

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza

Dikelilingi tingkap-tingkap kaca dan numbing kaca, ia memberikan anda pengalaman menikmati kedua-dua ruang makan yang kami sebuatkan tadi.

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza

Disini, anda menikmati sajian di dalam bangunan tetapi dengan pemandangan luar. Kiranya, Indoor dining dengan suasana outdoor.

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza

Dari segi menu, restoran ini memberikan variasi yang luas. Mereka menghidangkan sajian timur seperti Korea dan Jepun, Makanan lokal, barat, timur tengah, dan pastri yang menjadi kesukaan ramai.

Masakan asia kegemaran ramai seperti nasi lemak, nasi goreng kampung dan mee goreng mamak pasti menjadi antara menu mereka.

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza

Namun, yang agak istimewa semestinya ketam bercili yang dihidangkan bersama ban mantou yang digoreng. Untuk masakan barat pula, mereka menawarkan pasta, burger, chicken chop dan grilled salmon.

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza

Disini juga mereka menyediakan set hi-tea yang didatangkan bersama kek-kek kecil, scones dan roti croissant plain. Pilihan teh yang dihidangkan ialah English breakfast, chamomile dan earl grey.

Gastrohub Tawar Pengalaman Menikmati Sajian Dalam 3 Ruangan Berbeza
May be an image of food and outdoors

Pencuci mulut dan manisan yang mereka tawarkan juga tidak kurang menarik. Pilihan seperti Belgian Chocolate waffles, Istanbul Kunafa dan pelbagai jenis kek, tentu membuatkan anda rambang mata.

Memang patut anda datang ke sini. Tidak kira siang ataupun malam, suasana di restoran ini cukup cantik dan menu yang tersedia sesuai untuk perut anda bila-bila masa sahaja.

Ramai juga yangberkata servis di sini sangat baik. Ikuti Gastrohub di Facebook dan Instagram juga untuk promosi dan maklumat terkini.

Lokasi

Gastrohub Restaurant & Cafe, Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA