Solat Tarawih pertama kali dilakukan di Times Square, New York , Amerika Syarikat pada Sabtu 2 April 2022 yang bersamaan 1 Ramadan di Amerika Syarikat. Acara tersebut dianjurkan oleh ProjectZamZam dan dihadiri kira-kira hampir 2,000 orang jemaah !
Lantunan ayat suci Al-Qur'an dan ceramah tentang Islam turut diadakan di acara tersebut. Kata penganjur, acara solat berjemaah tersebut diadakan untuk menjelaskan agama Islam kepada semua orang yang tidak tahu.
Acara solat tarawih berjemaah ini juga bersejarah kerana di bandar yang sama, dipenuhi dengan masyarakat yang mempunyai fobia terhadap orang Islam, atau digelar Islamophobia. Di kota yang sama juga terjadinya peristiwa keganasan 9/11 yang dikaitkan dengan pengganas Muslim.
Rasa berbalah bahagi pula kami, separuh hati rasa seronok melihat Islam semakin berkembang dan diterima di Amerika Syarikat tetapi pada masa yang sama rasa hairan juga macamana boleh adakan solat berjemaah di kawasan paling 'meriah', hiruk-pikuk, sibuk dan bingit di New York.
Acara ini mendapat respons ramai Muslim dari New York juga disebabkan lokasi bagi acara ini dilihat seperti kurang sesuai.
Apa pandangan anda ?