Cukai Pelancongan Thailand Bakal Dikuatkuasakan Hujung 2025 – Kena Bayar 300 Baht Seorang
Kalau korang ada plan nak travel ke Thailand hujung tahun ni, bersedia untuk bayar cukai pelancongan sebanyak 300 baht (lebih kurang RM40) seorang. Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, umumkan cukai ni akan dikuatkuasakan sebelum hujung 2025, kemungkinan besar masa musim puncak pelancong nanti.
Macam Mana Cukai Ni Berfungsi?
- Masuk naik flight? Kena bayar 300 baht setiap kali masuk.
- Masuk ikut darat atau air? Sama juga, tapi boleh guna untuk beberapa kali masuk dalam tempoh 30 ke 60 hari.
Buat masa sekarang, mekanisme kutipan cukai masih dalam proses, dan kerajaan Thailand tengah setup sistem yang akan dihubungkan dengan Thailand Digital Arrival Card (TDAC) – sistem ni akan mula beroperasi 1 Mei nanti. Jadi, kemungkinan besar pembayaran cukai akan dimasukkan sekali dalam proses ketibaan digital.
Kenapa Ada Cukai Ni?
Menurut Sorawong, cukai ni bukan untuk sekadar tambah duit kerajaan, tapi juga bagi cover insurans pelancong asing termasuk insurans kemalangan dan kesihatan. Jadi, kalau ada kecemasan masa melancong kat sana, pelancong boleh dapat perlindungan insurans.
Kerajaan Thailand yakin caj ni takkan jejaskan jumlah pelancong yang datang, sebab jumlahnya relatif rendah dan beberapa kedutaan pun dah bagi green light bahawa langkah ni positif untuk pelancong.
Ada Risiko Tak?
Sorawong akui bahawa cabaran utama bukan pada jumlah bayaran, tapi cara kutipan. Kalau prosesnya leceh, pelancong mungkin rasa terganggu. Sebab tu mereka tengah cari cara paling smooth untuk pastikan pelancong tak rasa terbeban dengan prosedur cukai ni.
Sebenarnya, rancangan cukai ni dah lama dirancang tapi ditangguhkan sebelum ni sebab kerajaan sebelum ni target pendapatan pelancongan capai 3 trilion baht setahun tanpa perlu kenakan cukai tambahan. Tapi nampaknya, kali ni Thailand memang serius nak laksanakan.
So, Apa Pendapat Korang?
Adakah cukai ni akan buat korang fikir dua kali sebelum melancong ke Thailand, atau RM40 tu bukan halangan besar?