HalalXPlorer Logo
japan set to raise tourist tax to counter overtourism
18 March 2025

Jepun Pertimbang Naikkan Cukai Pelancong Antarabangsa

Kongsikan:

Kalau korang ada plan nak ke Jepun dalam masa terdekat, ada satu berita yang mungkin kurang best—Kerajaan Jepun tengah bincang nak naikkan Cukai Pelancong Antarabangsa. Sekarang ni, setiap orang yang tinggalkan Jepun kena bayar 1,000 yen (RM31), tapi tak lama lagi mungkin kena bayar lebih!

Kenapa Nak Naikkan Cukai?

Menurut kerajaan Jepun, peningkatan pelancong menyebabkan overtourism—terlalu ramai pelawat sampai sesak di tempat popular. Jadi, cukai ni akan digunakan untuk:

  • Baiki infrastruktur pelancongan
  • Tambah baik pengangkutan awam
  • Kurangkan kesesakan di lapangan terbang

Sekarang ni, Jepun punya cukai berlepas jauh lebih murah berbanding negara lain. Contohnya:

  • Mesir – 3,750 yen (RM116)
  • Australia – 7,000 yen (RM216)

Sebab tu ada cadangan untuk naikkan cukai Jepun ke 3,000 yen (RM93) atau 5,000 yen (RM155) seorang!

Duit Cukai Pergi Ke Mana?

Mula-mula, kutipan cukai ni digunakan untuk tarik lebih ramai pelancong dan bangunkan resort, tapi sekarang kerajaan nak guna untuk upgrade pengangkutan awam dan atasi kesesakan lapangan terbang.

Cukai ni sebenarnya dah wujud sejak 2019, dan dimasukkan automatik dalam harga tiket flight & cruise. Tahun lepas je, Jepun dah kutip RM1.2 bilion dari cukai ni, dan dijangka naik ke RM1.5 bilion pada 2025.

Jepun Sasarkan 60 Juta Pelancong 2030

Tahun 2024, Jepun terima 36.87 juta pelawat asing dan 13.01 juta rakyat Jepun keluar negara. Dengan sasaran 60 juta pelancong pada 2030, Jepun memang kena bersedia dengan kemudahan lebih baik.

Apa Maknanya Untuk Korang?

Kalau suka travel ke Jepun, kena bersedia untuk bajet lebih! Dari RM31 naik ke RM93 atau RM155 memang ada impak, terutamanya untuk backpackers atau yang travel dengan bajet terhad.

So, apa pendapat korang? Masih setia nak melancong ke Jepun walaupun kos makin naik?

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA