HalalXPlorer Logo
klcc
17 March 2025

Pelancong Malaysia Makin Prihatin, Pilih Travel yang Lebih Lestari!

Kongsikan:

Malaysia kini muncul sebagai negara keempat paling prihatin terhadap kelestarian di Asia! Menurut Tinjauan Pelancongan Lestari 2025 oleh Agoda, hampir 80% pelancong Malaysia mempertimbangkan faktor kelestarian dalam perancangan percutian mereka tahun ini. Angka ini jauh lebih tinggi berbanding purata keseluruhan pelancong Asia iaitu 68%.

Malaysia Kedudukan Keempat Antara Pasaran Pelancongan Eko-Sedar Teratas Asia, Merintis Masa Depan Pelancongan Mampan

Kenapa Pelancong Malaysia Makin Kisah Pasal Kelestarian?

Berdasarkan kajian tersebut, rakyat Malaysia semakin memilih pengalaman travel yang lebih bermakna dan mesra alam. Bila ditanya sebab utama memilih pelancongan lestari:

  • 28% menyokong komuniti & ekonomi tempatan
  • 24% berdasarkan nilai & kepercayaan peribadi
  • 24% mahukan pengalaman yang autentik & bermatlamat

Trend ini menunjukkan ramai yang tak sekadar nak jalan-jalan, tapi juga nak bagi impak positif kepada tempat yang mereka lawati!

Pelancong Malaysia Dah Start Travel Dengan Cara Lebih Bertanggungjawab

Antara cara rakyat Malaysia travel dengan lebih lestari termasuk:

  • 24% pilih melancong luar musim puncak untuk kurangkan kesesakan
  • 19% pilih penginapan yang ada pensijilan kelestarian
  • 18% aktif menyokong perniagaan kecil & usaha pemeliharaan budaya

Dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 makin dekat, nampaknya lebih ramai rakyat Malaysia semakin bijak dalam membuat pilihan perjalanan yang mesra alam!

Agoda Sokong Pelancongan Lestari Dengan Program Eco Deals

Menurut Pengarah Negara Agoda bagi Malaysia & Brunei, Fabian Teja, Agoda menyokong perjalanan lestari melalui Program Eco Deals.

  • Setiap tempahan Eco Deals = Agoda sumbang USD1 kepada projek pemuliharaan tempatan
  • Diskaun hingga 15% untuk hotel di 10 negara Asia
  • Kini Jepun & Korea Selatan pun join program ni!

So, kalau korang nak travel sambil jaga alam sekitar, boleh try tengok penginapan Eco Deals dekat Agoda. Dapat cuti best, sambil tolong selamatkan bumi!

Kesimpulan: Travel Smart, Travel Lestari!

Pelancong Malaysia makin peka dengan impak pelancongan terhadap alam sekitar & komuniti setempat. Daripada memilih penginapan lestari sehinggalah melancong luar musim, ini semua langkah kecil yang boleh buat perubahan besar!

Jadi, kalau korang tengah plan trip, apa kata consider cara travel yang lebih lestari?

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA