HalalXPlorer Logo
18 July 2021

Dugong 'A380' sah bakal dijual. Notis tender sudah dikeluarkan !

Kongsikan:

Syarikat induk Malaysia Airlines iaitu Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan bahawa mereka telah mengeluarkan notis tender kepada pihak yang berminat untuk membeli pesawat Airbus 380 (A380) dan/atau komponennya pada 12 Julai.

Malaysia Airlines boss believes airlines have “missed the point” of the A380  superjumbo – Business Traveller

Ini susulan keputusan MAG untuk memberhentikan penggunaan atau operasi pesawat A380 , selepas langkah penstrukturan semulanya selesai pada Mac 2021.

MAG mengulas laporan mengenai anak syarikat milik penuhnya, MAB Pesawat Sdn Bhd menjalankan tender terbuka untuk penjualan enam pesawat A380-800 dan/atau komponennya.Pihak yang berminat dipelawa untuk menghantar cadangan mereka selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2021.

Malaysia CEO sees future for A380, surprised by charter demand

MAB telah menyelesaikan proses penstrukturan semula hutangnya dalam tempoh hanya empat setengah bulan -- menjadikannya organisasi syarikat penerbangan paling cepat dalam sejarah melaksanakan langkah tersebut dalam tempoh yang singkat.

Three new miles earners for Malaysia Airlines' Enrich members - Economy  Traveller

Pelan penstrukturan semula itu melibatkan 75 pemiutang, dengan jumlah hutang kira-kira RM15 bilion oleh Malaysia Airlines.

Astro AWANI

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA