Malaysian Aviation Group (MAG) mengesahkan bahawa mereka telah memfailkan injunksi untuk menghentikan AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines.
Injunksi itu telah difailkan pada 2022 dan perbicaraan dijadualkan pada Ogos tahun ini berikutan ia tidak dapat mencapai persetujuan komersial sebelum ini, dan AirAsia terus menjual inventori kumpulan itu.
AirAsia telah membeli tempat duduk daripada agregator dan 'consolidator' walaupun syarikat penerbangan tambang rendah itu telah diiktiraf secara sah sebagai agensi pelancongan dalam talian (OTA).
Agregator dan 'consolidator' dalam konteks ini ialah Kiwi.com yang bukan rakan kongsi Malaysia Airlines dan mereka mengambil inventori daripada rakan kongsi mereka.