HalalXPlorer Logo
klia new aerotrain
08 September 2022

Aerotren KLIA Diganti Selepas 24 Tahun Berkhidmat, Proses Tambah Baik Berakhir Tahun 2025

Kongsikan:

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memulakan program penggantian aerotren dari terminal utama KLIA ke terminal satelit dengan kos RM700 Juta.

Penggantian itu dilakukan selepas 24 tahun aerotren lama digunakan dan telah lebih 300 juta penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Program yang akan dilaksanakan dengan dua fasa dalam tempoh tiga tahun itu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Mac 2025.

Aerotren KLIA Diganti Selepas 24 Tahun Berkhidmat, Proses Tambah Baik Berakhir Tahun 2025

Fasa pertama merangkumi kerja reka bentuk sehingga Mac 2023, membabitkan pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan sistem aerotren baharu memenuhi piawaian pengangkutan dan keselamatan tempatan dan antarabangsa.

Bagi fasa kedua antara Mac 2023 dan Mac 2025, ia membabitkan pembinaan aerotren baharu

Ketika tempoh peralihan, perkhidmatan aerotren semasa akan ditawarkan dalam jadual terhad iaitu hanya satu aerotren yang beroperasi pada masa yang ditetapkan dengan jadual sebanyak empat kali sehari untuk membolehkan pelaksanaan penyelenggaraan yang lebih baik disebabkan oleh keadaan usianya dan untuk memudahkan program penggantian.

Aerotren KLIA Diganti Selepas 24 Tahun Berkhidmat, Proses Tambah Baik Berakhir Tahun 2025

Sementara itu, perkhidmatan enam bas secara 24 jam akan menyokong keperluan penumpang antarabangsa KLIA.

KLIA akan menerima enam bas dalam tempoh peralihan penggantian perkhidmatan aerotren dengan dua bas diterima pada November ini, manakala baki empat lagi pada Februari 2023 bagi melancarkan perjalanan penerbangan penumpang.

Bas baharu ini akan dapat menampung sehingga 110 penumpang setiap bas, dua kali ganda kapasiti semasa. Ia juga direka secara inovatif dengan struktur yang teguh dan tahan lama.

Perkhidmatan bas baharu yang ditawarkan sepanjang tempoh peralihan dilengkapi dengan sistem hidraulik yang sejajar dengan turapan jalan, sekali gus memudahkan penumpang.

Aerotren KLIA Diganti Selepas 24 Tahun Berkhidmat, Proses Tambah Baik Berakhir Tahun 2025

Selain itu, bas akan dilengkapi dengan sambungan WiFi dan paparan digital untuk infotainmen, serta sistem penjejakan dan pengawasan, selain kamera CCTV untuk keselamatan yang lebih baik.

Jadi, buat anda yang akan menggunakan KLIA, pihak MAHB memohon kefahaman dan kesabaran orang ramai pada masa ini kerana akan ada sedikit kesulitan yang dihadapi penumpang. Sila rancang perjalanan anda dengan baik, kalau boleh tiba lebih awal di KLIA lebih bagus bagi mengelakkan kelewatan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA