HalalXPlorer Logo
kerajaan kedah komited memastikan kelancaran lima'23
15 December 2023

Kerajaan Kedah Komited Memastikan LIMA'23 Berjalan Lancar

Kongsikan:

Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan acara megah dwitahunan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) edisi 2023 akan berjalan lancar.

Menteri besarnya meminta semua agensi Kerajaan Negeri memberikan 100% komitmen Negeri Kedah bagi memastikan semua acara di LIMA 23 pada 23-27 Mei akan datang berjalan lancar dan sempurna.

Misalnya Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah diarahkan untuk memastikan bekalan air bersih ke Langkawi dalam tempoh itu tidak terganggu walaupun akan menghadapi peningkatan penggunaan mendadak.

Semua infrastruktur bekalan air terutama Loji Rawatan Air di Sg Baru, jajaran paip dasar laut ke Langkawi dan Empangan Saga dan Bukit Malut di Langkawi disenggara sebaiknya untuk pastikan bekalan dapat dibekalkan dengan sempurna.

https://www.facebook.com/muhammadsanusi.mdnor/posts/6389228657768275

Demikian juga agensi-agensi kerajaan negeri yang lain khususnya di Langkawi telah bersedia sepenuhnya sebagai tuan rumah LIMA23.

Pihak kerajaan negeri Kedah akan memastikan kunjungan semua pihak ke Langkawi adalah kunjungan terindah sepanjang hayat.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA