Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan harga tiket kelas ekonomi bagi penerbangan Kuala Lumpur-Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri dijual mahal secara melampau.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan tersebut telah habis dijual dan ketika ini tiket yang tinggal adalah kelas perniagaan.
Namun, harga tiket bagi kelas peniagaan ialah RM2,863.40 dan bukannya RM3,138.
Justeru, dakwaan bekas menteri pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong bahawa tiket penerbangan sempena musim perayaan dijual pada kadar harga yang melampau adalah tidak tepat.
Beliau meminta Wee untuk memperbetul fakta terbabit dan memahami perbezaan antara tiket penerbangan kelas perniagaan dengan kelas ekonomi.