HalalXPlorer Logo
airasia x gold coast
29 January 2023

AirAsia X kembali ke Gold Coast, tambah rangkaian Australia

Kongsikan:

AirAsia X (AAX) terus menambah rangkaiannya di Australia dengan menyambung semula perkhidmatan ke laluan pertamanya ke Gold Coast bermula 15 Februari 2023.

Laluan itu akan menjadi destinasi keempatnya di Australia, selepas pelancaran Sydney, Melbourne dan Perth baru-baru ini. Dari bulan April hingga November tahun ini, AAX telah menerbangkan lebih 30,000 tetamu antara Malaysia dan Australia. Jumlah ini dijangka meningkat dengan ketara berikutan pengumuman hari ini dan kekerapan tambahan ke Sydney dan Melbourne pada bulan ini.

AirAsia X kembali ke Gold Coast, tambah rangkaian Australia

Melalui Kuala Lumpur, AirAsia X juga akan menghubungkan para tetamu dari Gold Coast ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia, termasuk Thailand, Vietnam, Jepun, India, Korea Selatan dan banyak lagi.

Sempena meraikan penyambungan semula ke laluan pertamanya, AAX menawarkan tambang termausk semua* bernilai hebat antara Kuala Lumpur dan Gold Coast daripada RM799 atau AUD299 sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM3,999 atau AUD1,999 sehala untuk Premium Flatbed.

AirAsia X kembali ke Gold Coast, tambah rangkaian Australia

Selain pengembangan AAX ke Australia, Thai AirAsia X (XJ) juga baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan terus pertamanya dari Bangkok ke Sydney dan Melbourne. Pelancaran ini menambah rangkaian kumpulan syarikat penerbangan itu ke enam laluan di Australia, menawarkan lebih nilai dan pilihan untuk para tetamu. Selain itu, AirAsia Indonesia (QZ) baru-baru ini meningkatkan perkhidmatan antara Perth dan Bali kepada dua kali sehari bagi memenuhi permintaan yang menggalakkan. 

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Gold Coast, Australia:

AirAsia X kembali ke Gold Coast, tambah rangkaian Australia

*Tambang termasuk semua termasuklah cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempoh perjalanan antara 15 Februari 2023 dan 27 Oktober 2023.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA