Bila kita sebut berkenaan destinasi pelancongan menarik di Singapura, salah satu destinasi yang terlintas di fikiran adalah Gardens by the Bay. Kan ?
Ini adalah salah satu taman terbaik di Singapura, siap ada taman tertutup iaitu Flower Dome dan juga Cloud Forest.
Lagi menarik apabila ada satu tarikan baharu dari sekarang sehingga bulan Mac 2023 ini iaitu hiasan bertemakan filem 'Avatar'.
Menjangkau 4,000 meter persegi dan lima zon, taman tertutup 'Cloud Forest' akan dihias menjadi 'Pandora', iaitu sebuah planet fiksyen yang menjadi latar tempat filem pecah panggung "Avatar".
Ia akan menampilkan pengalaman perjalanan menarik pada waktu siang dan malam yang mengasyikkan yang diilhamkan oleh filem James Cameron tersebut.
25 Elemen Pandora
Peminat Avatar boleh melihat 25 elemen Pandora di Gardens by the Bay, termasuk Na'vi iaitu penghuni planet Pandora.
Para pengunjung juga akan dapat melihat replika 'Ilu', iaitu makhluk laut baharu yang akan dipaparkan dalam filem akan datang "Avatar: The Way of Water".
Paling menarik, pameran ini diserikan lagi dengan pencahayaan teater dan laser yang dipadankan dengan kesan bunyi dan angin, serta replika animatronik.
Tarikh Pameran
28 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023, dari 9 pagi hingga 9 malam
Lokasi
Cloud Forest, Gardens by The Bay 18 Marina Gardens Drive, 018953, Singapura
Tiket Masuk
Harga tiket masuk ke Cloud Forest bagi bukan Warganegara Singapura adalah seperti berikut :
Dewasa: S$53 | RM177+
Kanak-Kanak : S$40 | RM133+
Tiket masuk ke Cloud Forest boleh dibeli disini