Bandung ialah sebuah bandar metropolitan di Jawa Barat, Indonesia. Bandar ini terletak kira-kira 140 kilometer tenggara Jakarta dan dikelilingi oleh pergunungan. Bandung mempunyai sejarah yang panjang sebagai pusat pendidikan, kebudayaan dan pelancongan di Indonesia.
Bandung terkenal dengan cuaca yang sejuk dan udara yang segar kerana lokasinya di dataran tinggi. Bandar ini juga terkenal dengan seni bina kolonial Belanda yang terpelihara dengan baik, terutamanya di kawasan Old Town.
Selain itu, Bandung juga terkenal dengan pusat membeli-belah. Jalan Riau dan Jalan Dago adalah dua tempat popular untuk membeli-belah pakaian, kasut dan aksesori berjenama. Bandung juga mempunyai beberapa kilang yang menawarkan barangan dengan harga yang lebih berpatutan.
Bandar ini juga terkenal dengan makanan yang lazat dan hidangan kulinarinya. Beberapa hidangan istimewa Bandung yang terkenal termasuk nasi timbel, batagor, mi goncang dan bandrek.
Bandung juga mempunyai beberapa tarikan pelancong yang menarik, seperti Kawah Putih, Tangkuban Perahu, Gunung Tangkuban Perahu, dan Taman Hutan Ir. H. Djuanda. Selain itu, Bandung juga merupakan destinasi pencinta seni dan budaya dengan banyak galeri seni, teater, dan muzium di bandar ini.
Kota Bandung juga terkenal dengan industri kreatifnya terutama dalam bidang fesyen, reka bentuk dan seni. Setiap tahun, bandar ini juga menganjurkan pelbagai acara dan festival, termasuk Festival Filem Bandung, Minggu Fesyen Bandung, dan Festival Seni Bali.
Secara keseluruhan, Bandung adalah kota yang kaya dengan budaya, sejarah, dan keindahan alam. Ini menjadikannya destinasi pelancongan yang popular untuk pelancong tempatan dan asing.
Bandung juga merupakan salah satu lokasi kegemaran pelancong Malaysia. Jika anda ke sini, ini adalah antara tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi :
1. Tebing Keraton
Tebing Keraton atau Tebing Karaton merupakan tebing yang berada di dalam kawasan Taman Hutan Raya Ir. H. Djuanda.
Alamat: Kampung Ciharegem Puncak, Desa Ciburial, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
2. De’ Ranch Lembang
Jika nak rasa pengalaman tunggang kuda gaya cowboy, di sinilah tempatnya. Siap bertopi sekali.
Alamat: Jl. Maribaya No.17, Kayuambon, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia.
3. Kawah Putih Ciwidey
Kawah Putih adalah lokasi tarikan di Jawa Barat yang terletak di kawasan Ciwidey. Merupakan sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha, Kawah Putih sesuai untuk anda yang ingin mengambil gambar pra-perkahwinan. Tapi jika tak berkahwin pun masih boleh ke sini untuk lihat keunikannya.
Alamat: Jl. Raya Soreang Ciwidey, Ciwidey, Bandung, Jawa Barat 40973 — Bandung.
4. The Lodge Maribaya
Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah glamping, berkhemah, dan bergambar di hutan pokok pine.
Turut disediakan adalah pelantar seakan rumah pokok untuk anda bergambar. Bagi adrenaline junkies pula, anda boleh cuba mountain swing (buaian gantung) dan zip bike.
Alamat: Jl. Maribaya Timur Km. 6 Kampung, Kosambi, Cibodas, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391 — in Bandung.
5. Curug Maribaya
Lokasi yang terkenal dengan kolam air panas ini terletak di sebelah utara Bandar Bandung. Atau lebih tepat di sebelah timur Lembang. Kini terdapat air terjun dengan pemandangan menarik di sini.
Alamat: Kampung Cikondang, Desa Lamajang, Pangalengan, Bandung Barat, Jawa Barat, 40391 Indonesia.
6. Sendang Geulis Kahuripan
Sendang Geulis Kahuripan menyediakan kolam mata air yang sangat jernih serta suasana alam yang sejuk dan segar.
Alamat: Ganjarsari, Cikalong Wetan, Ganjarsari, Cikalong Wetan, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40556, Indonesia.
7. Menikmati suasana desa di Kampung Daun
Sama ada makan tengahari atau makan malam, anda boleh menikmati hidangan enak di sini dengan suasana damai bagai di kampung.
Lokasi : Jl. Sersan Bajuri Km 4,7 No. 88 – RRI Bandung, Cigugur Girang, Parongpong, Kabupaten Bandung Barat, Indonesia.
8. Curug Cimahi Bandung (Air Terjun Pelangi)
Lokasi air terjun ini bukan hanya dibuka di waktu siang, tapi juga di malam hari. Lebih menarik di waktu malam, lampu hiasan turut dipasang di sekitar air terjun, menjadikan suasana kelihatan menarik dan berwarna-warni di malam hari.
Alamat: Kertawangi, Cisarua, Jalan Kolonel Masturi No.325, Cihanjuang Rahayu, Parongpong, Kertawangi, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551, Indonesia.
9. Situ Cileunca
Merupakan sebuah tasik buatan seluas 1,400 hektar, Situ Cileunca yang terletak di Warnasari, Pangalengan, Bandung, Jawa Barat ini merupakan antara lokasi anda mesti pergi jika ke Bandung.
Pemandangan dengan latar belakang bukit dan pergunungan menarik sedia terhidang di tasik ini.
10. Danau Dusun Bambu
Jika anda inginkan suasana tenang, tinggal di bilik yang bersambung terus dengan kolam di belakangnya dengan suasana sejuk, nyaman dan tenang, inilah tempatnya.
Sangat sesuai dijadikan lokasi berehat bersama keluarga selepas penat cari berkodi kain di Bandung.
Alamat: Jalan Kolonel Masturi KM. 11, Situ Lembang, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551, Indonesia.
11. Kebun Teh Rancabali , Ciwidey
Kedudukan Bandung di kawasan bertanah tinggi menjadikan beberapa tempat di sini sesuai ditanam teh. Jika nak lihat cara buat teh, bolehlah ke Pabrik Teh Rancabali, Ciwidey, Bandung Selatan.
Alamat: Patengan, Rancabali, Bandung, West Java 40973, Indonesia.
12. Gedung Sate
Bagi peminat sejarah, Gedung Sate antara tempat yang mesti anda pergi. Gedung Sate yang dibina pada zaman pemerintahan Belanda ini menyimpan banyak kisah dan misteri yang masih belum terungkai sepenuhnya, termasuk jalan bawah tanah yang menghubungkan Gedung Sate ke beberapa tempat lain di Bandung.
Bumbung bangunan seakan cucuk sate dengan senibina gaya Itali di zaman Renaissance ini juga memiliki senibina menarik untuk anda terokai.
Alamat: Jalan Diponegoro No.22, Citarum, Bandung Wetan, Citarum, Bandung Wetan, Kota Bandung, Jawa Barat 40115, Indonesia.
13. Glamping Lakeside, Titanic Ala Ciwidey
Antara lokasi best untuk anda ambil gambar dan muat naik ke Instagram. Glamping Lake Side ini di kelilingi kebun teh, dengan sebahagian kapal yang dibina menghadap ke tasik.
Meski pun dibina sebagai tempat makan bagi tetamu yang menginap di Villa Glamping, tempat makan dengan binaan kapal ini juga dibuka kepada umum yang datang untuk bergambar sambil mencuba hidangan makanan yang dijual di sini.
Alamat: Jalan Situ Patengan, Patengan, Rancabali, Patengan, Rancabali, Bandung, Jawa Barat 40973, Indonesia.
14. Pasar Terapung Lembang
Jika selama ini kita selalu dengar pasar terapung di Thailand, rupanya di Indonesia pun ada. Jadi jika ke Bandung, kenapa tidak anda singgah ke sini dan lihat sendiri bagaimana suasan pasar terapung di Bandung.
Alamat: Jalan Grand Hotel No. 33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia.
Baca: Sungai 2 Lapis, Obor-Obor Tak Berbisa Antara Tarikan Di Lokasi Tidak Popular Di Indonesia Ini
15. Sanghyang Heuleut
Merupakan tasik kecil yang mana airnya mengalir dari Sungai Citarum . Susunan batu di tasik ini jugak unik dan lain dari yang lain. Dari mitos penduduk tempatan, tasik ini pernah menjadi tempat mandi para bidadari.
Nama tasik yang unik ini juga dikatakan berasal dari bahasa lama. Sanghyang bermaksud “sesuatu yang dianggap suci” dan Heuleut bererti “masa atau batas waktu”.
Alamat: Rajamandala Kulon, Cipatat, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 4328
16. Farm House Susu Lembang
Taman tema yang menjadi tarikan bagi warga tempatan di Bandung ini kian popular apabila menjadi salah satu lokasi dimuat naik di Instagram. Jika New Zealand terkenal dengan rumah Hobbit, di Indonesia pun ada dan tak terkalah indahnya.
Selain dari itu anda juga berpeluang untuk sewa dan bergambar dengan pakaian ala Cinderella. Terus terasa bagaikan puteri sambil berlatar belakangkan pemandangan cantik di sini.
Alamat: Jl. Raya Lembang No.108, Gudangkahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia.
17. Sapu Lidi Resort
Tempat berehat dan lari dari sibuknya kota. Kediaman di sini dibina berdasarkan senibina tradisional Indonesia. Sesuai sebagai tempat beriadah dan luangkan masa bersama keluarga dan juga bagi pengantin baru yang ingin berbulan madu.
Alamat: Kompleks Graha Puspa, Jalan Sersan Bajuri, Cihideung, Parongpong, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40559, Indonesia.
18. Dulang Resort & Resto
Sama ada mahu menginap atau sekadar menikmati makan tengahari atau makan malam, ini antara lokasi peranginan yang patut anda singgah jika ke Bandung.
Di kelilingi sawah padi di lereng pergunungan dan hutan tropika yang pasti menambah kesejukan, hotel ini merupakan antara lokasi yang bakal membawa anda dekat dengan alam.
Persekitaran di sini juga tenang ditambah dengan gaya dan suasana tradisi Indonesia pasti dapat membantu anda merehatkan fikiran.
Alamat: Jl. Pabrik Gitar, Desa Pagerwangi, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia.
19. Taman Bunga Begonia Lembang
Taman bunga yang popular di Bandung. Ia terletak 1200 meter dari aras laut. Selain belajar dan melihat berbagai bunga, anda juga berpeluang merasai pengalaman memetik sayur dan buah-buahan dari pokok yang ditanam di sini
Alamat: Jl. Maribaya No. 120A, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia.
20. NuArt Sculpture Park
Taman binaan seni seluas 3 hektar ini menempatkan berbagai hasil ukiran seni karyawan Nyoman Nuarta. Turut ada di sini adalah kafe dan kedai cenderahati. Bagi anda yang gemarkan seni dan mahu bergambar dengan ukiran kreatif, di sini adalah tempatnya.
Alamat: Jl. Setraduta Raya No L 6, Bandung, Jawa Barat 40151 Indonesia.
21. Kawah Rengganis Ciwidey
Tempat untuk anda mandi spa dan sauna secara alami. Air kolam di sini panas dan berbau belerang kerana aliran airnya yang datang dari gunung berapi. Bagi peminat fotografi pula, di sini anda boleh mengambil gambar dengan kepulan asap yang keluar dari celah batu dan tanah, pasti menghasilkan gambar unik dan kelihatan misteri.
Alamat: Kecamatan Rancabal, Kompleks Perseroan Terbatas Perkebunan Nusantara VIII (PTPN VIII), Jawa Barat Indonesia.
22. Tebing Citatah
Mahu uji sejauh mana keberanian anda? Mungkin ini adalah salah satu tempatnya. Merupakan satu kawasan tebing yang terletak di kawasan Citatah di Kabupaten Bandung Barat, 5 km Padalarang, bukit batu kapur ini boleh menjadi tempat anda mencuba aktiviti glamping seperti ini. Ada berani?
23. Pusat Sepatu dan Tas Cibaduyut Bandung
Jangan ke sini jika anda tak kuat. Tapi sangat rugi pula jika tak pergi. Menjadi tempat tumpuan perusahaan kasut dan beg tangan dari yang tiada nama hingga kepada yang berjenama.
Harga yang ditawarkan bakal buat anda rambang mata. Di samping itu anda boleh lah minta diskaun juga. Yang penting mesti pandai tawar menawar.
24. Barusen Hills – Ciwidey
Taman ala Belanda dengan kincir air serta pokok bunga menjadikan ia lokasi menarik untuk anda selfie terutama di beberapa tempat yang turut menjadi kegemaran warga tempatan bergambar. Anda juga berpeluang berenang di dalam kolam yang disediakan. Beberapa bilik penginapan turut disediakan bagi yang ingin menginap dan bermalam di sini.
Alamat: Gambung, Ciwidey, Cisondari, Pasirjambu, Bandung, Jawa Barat 40972, Indonesia.
25. Berjalan di atas pohon, Bandung Treetop Adventure Park
Satu lagi aktiviti lain dari yang lain di Bandung. Bagi anda yang sukakan alam semulajadi dan ingin mencuba pengalaman berjalan di antara pokok, ini adalah tempatnya.
Alamat: Cikole Jayagiri Resort, Jalan Tangkuban Perahu KM 28, Cikole, Lembang, Cikole, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia
26. Wahana Grafika Cikole Lembang
Pernah lihat gambar di atas di Internet? Ini hanyalah di Bandung, yang kini mempunyai taman baru dengan konsep alam dan dihiasi penginapan pondok bercirikan Rumah Hobbit.
Suasana sejuk ditambah dengan rumah-rumah comel yang dibina seakan di Eropah ini menawarkan pemandangan menarik untuk anda.
Alamat: Jl. Tangkuban Perahu Km. 8, Cikole, Lembang, Jawa Barat 40391 — in Bandung.
27.Gunung Tangkuban Perahu
Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di Jawa Barat, Indonesia. Menjadi tarikan di kalangan warga tempatan dan pelancong asing. Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 2015.
Tangkuban Perahu adalah antara mercu tanda terkenal di Bandung. Jadi anda mesti singgah ke sini.
28. Pemandian Air Panas Ciater
Satu lagi kolam air panas semula jadi di Bandung. Sebagai lokasi bertanah tinggi, pastikan anda mencuba salah satu kolam air panas semula jadi jika berkunjung ke Bandung.
Alamat: Jl. Raya Ciater, Nagrak, Subang, Kabupaten Subang, Jawa Barat 40154 — in Bandung.
Sekarang kami yakin anda sudah tahu, Bandung bukan hanya tentang shopping dan kain sebaliknya turut memiliki berbagai tarikan untuk anda terokai. Pilih saja mana satu berkenan di hati, rancang percutian anda, beli tiket dan terbang.