HalalXPlorer Logo
13 June 2020

Seorang pemandu pelancong di Sweden sediakan lawatan sejarah berkaitan wabak virus

Kongsikan:

Ini adalah salah satu contoh mencipa peluang dari kesempitan yang patut diteladani. Di saat sektor pelancongan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, seorang pemandu pelancong di Sweden pula mencipta kelainan dengan mengadakan lawatan berkaitan sejarah wabak virus yang pernah melanda negara itu.

Mike Anderson, 46, mengakui perniagaannya turut terjejas sejak Februari lalu apabila kerajaan mengetatkan kawalan keselamatan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, bagi menghidupkan semula perniagaannya, Anderson tampil dengan idea siri lawatan di sekitar bandar itu yang dinamakan 'Plague Walk'.

Beliau membawa pembaca kembali ke tahun 1350 ketika berlakunya wabak terburuk dalam sejarah dunia 'Black Death' sehingga kepada taun.

"Pada saya agak menarik apabila anda mengambil apa yang berlaku hari ini dan mengaitkannya dengan sejarah lampau yang dilalui penduduk terdahulu.

"Apa yang lebih penting adalah saya mahu mereka terhibur sepanjang satu jam sesi lawatan ini," katanya.

Katanya, melalui lawatan itu, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kegusaran dan keadaan panik dalam kalangan masyarakat terhadap penyebaran COVID-19.

Anderson yang mengetuai lawatan bersama penggemar sejarah itu melalui bandar lama Stockholm, selain turut berhenti di beberapa gereja yang merakamkan peristiwa penting di sebalik pelbagai wabak yang pernah berlaku di negara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Sweden antara negara yang tidak melaksanakan perintah berkurung tetapi mengenakan syarat tertentu antaranya tidak membenarkan perhimpunan awam dijalankan melebihi 50 orang.

Setakat ini, lebih 5,000 kematian direkodkan di negara itu akibat COVID-19

-AFP

Kami Kongsi. Anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA