HalalXPlorer Logo
16 December 2020

Hampir 1700 penumpang Royal Caribbean terpaksa berkurung gara-gara seorang penumpang positif COVID-19

Kongsikan:
Royal Caribbean Cruise Ship In Singapore Reports COVID-19 Case, Going Into  Quarantine

Ribuan penumpang kapal persiaran Royal Caribbean terpaksa berkurung di dalam kabin masing-masing selama lebih 14 jam pada Rabu, setelah seorang penumpang kapal tersebut didapati positif COVID-19.

Situasi tersebut menyebabkan kapal persiaran 'tanpa destinasi' itu terpaksa kembali ke pelabuhan.Isnin lalu, sejumlah 1,700 penumpang lain kapal Quantum of the Seas itu telah menjalani ujian saringan RT-PCR tiga hari sebelum berlabuh.

Setakat tengah hari, 1,680 penumpang dan 1,148 anak kapal telah disahkan negatif, namun harus menjalani kuarantin di dalam bilik masing-masing ketika aktiviti pengesanan kontak masih dijalankan.

Kes indeks yang merupakan seorang lelaki berusia 83 tahun telah dilaporkan mengalami gejala cirit-birit.

Ujian saringan susulan kemudiannya mendapati lelaki tersebut positif COVID-19 dan dia telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Quantum of the Seas | AF Travel

Pelayaran tanpa destinasi Royal Caribbean merupakan kapal pertama yang berlayar sejak syarikat itu menghentikan operasi ke desinasi global sejak Mac lalu susulan pandemik COVID-19.

Sebelum ini, kapal yang hanya membenarkan warga Singapura dan pelayaran tanpa henti, telah mula berlayar sejak Isnin lalu dan dijadualkan berpusing di perairan Singapura selama empat hari, sebelum terpaksa pusing semula ke pangkalan pada Rabu.

Surgaroute

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA