HalalXPlorer Logo
18 December 2020

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang akan diteruskan dengan peruntukan RM30 juta - Menteri Kewangan

Kongsikan:
Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan - Kosmo Digital

Sebelum ini, katanya perkhidmatan feri Pulau Pinang akan dihentikan secara berperingkat dan digantikan oleh perkhidmatan teksi air , baca disini. Namun, berdasarkan perkembangan terbaru, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata bahawa perkhidmatan ikonik tersebut akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang.

Negara Tidak Akan Bankrap - Tengku Zafrul
Gambar Fail : 1media

Beliau berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan itu.

"Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini, akan dibayar secara dua ansuran tahunan, iaitu RM15 juta untuk 2021 adalah termasuk dalam peruntukan yang diluluskan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

"Baki RM15 juta akan disediakan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Isu berkaitan perkhidmatan feri Pulau Pinang dibangkitkan ahli parlimen Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Apa pandangan anda? Patut untuk hentikan perkhidmatan seiring perubahan dunia atau mengekalkan demi menjaga nilai warisan ?

Sumber : BERNAMA

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA