HalalXPlorer Logo
13 June 2020

Penutupan Berjaya Tioman Resort pada 15 Jun? Ini apa yang kami tahu

Kongsikan:

Berjaya Tioman Resort adalah salah satu resort yang paling terkenal di Pulau Tioman. Resort ini mempunyai taraf 4 bintang dan terdiri daripada 268 bilik & suite.

Satu berita sedih apabila resort yang sudah beroperasi selama 50 tahun akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Jun ini selepas terkesan dengan penularan COVID-19 dan akan menjalani aktiviti pembangunan semula.

Pengurusanan kanannya dalam satu kenyataan berkata, semua kakitangan di resort itu akan diberhentikan dan akan diberi pampasan sewajarnya membabitkan kos RM8 juta.

https://www.facebook.com/btrtod/photos/a.174923845945568/2704360329668561/?type=3

"Adalah dengan berat hati diumumkan bahawa Berjaya Tioman Resort akan menghentikan operasinya berkuatkuasa 15 Jun ini, disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang memberi kesan buruk kepada industri pelancongan.

Pembangunan besar-besaran selama penutupan

Tetapi, khabarnya Berjay Tioman Resort ini tidaklah mengucap kata selamat tiinggal buat selama-lamanya kerana pihak pengurusan kanan mereka juga berkata bahawa mereka akan melakukan kerja pembangunan semula secara besar-besaran buat resort yang telah berusia separuh abad itu.

"Sepanjang penutupan ini, pihak pengurusan akan menjalankan pembangunan semula yang amat diperlukan untuk menghidupkan semula resort ini, yang berusia lebih daripada 50 tahun," katanya.

Ia berkata, selepas selesai kerja pembangunan semula dibuat, pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk menawarkan peluang pekerjaan baharu kepada semua pekerja kami yang terjejas.

"Kami mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan mereka untuk terus bersama dengan kami ketika di waktu susah dan senang," katanya.

Berjaya Tioman Resort adalah sebahagian daripada hotel yang dimiliki oleh Berjaya Land Bhd sebuah konglomerat gergasi di Asia Tenggara.

Kami berharap penutupan sementara bagi kerja pembangunan semula ini akan membawa berita gembira di kemudian hari.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA