Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan penganjuran kali ke-11 Festival Ramadan Putrajaya 2023 dengan skala yang lebih besar melibatkan lima lokasi bazar ramadan dan dua lokasi bazar aidilfitri bakal memberi peluang perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil menambah pendapatan.
Festival Ramadan Putrajaya atau FRP 2023 dengan tema Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai sebagai pusat sehenti menjual juadah berbuka puasa dan barangan keperluan hari raya serta bagi menyemarakkan semangat ramadan disampaikan kepada semua rakyat Malaysia agar kita bersatu kembali dalam keadaan yang harmoni dan lestari.
Festival Ramadan Putrajaya 2023 akan berlangsung dari 22 Mac 2023 sehingga 21 April 2023 dan kali ini akan dikendalikan oleh Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dengan sasaran menarik kehadiran 500,000 pengunjung.
Festival kali ini melibatkan empat komponen utama iaitu Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk dan Laman Iftar dengan lokasi terlibat ialah di Dataran Putrajaya Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan lima lokasi bazar Ramadan Putrajaya.
Objektif Festival Ramadan Putrajaya 2023
antara objektifnya ialah
- Membantu penjaja dan peniaga kecil di Putrajaya pasca Pandemik Covid-19
- Lokasi sehenti bagi jualan berbuka puasa dan keperluan raya
- Menyokong perkembangan ekonomi Putrajaya
- Mengeratkan hubungan masyarakat
Menarik di Festival Ramadan Putrajaya 2023
Menarik untuk tahun 2023 adalah :
- 5 lokasi Bazar Ramadan
- 2 lokasi Bazar Aidilfitri
- Lebih 500 peniaga Bazar Ramadan
- Lebih 300 peniaga Bazar Aidilfitri
- Lebih 1000 menu juadah berbuka puasa
- Urusan tanpa tunai
- Menu Rahmah
- Infaq ramadan
- Kad Peniaga Berdaftar
Lokasi Festival Ramadan Putrajaya 2023
Festival Ramadan Putrajaya dengan tema “Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran” bagi menyemarakkan semangat ramadan disampaikan kepada semua rakyat Malaysia agar kita bersatu kembali dalam keadaan yang harmoni dan lestari.
Festival Ramadan Putrajaya 2023 akan menyemarakkan Ramadan kali ini bermula 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023 beroperasi dari jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam di lokasi-lokasi berikut :
Bazar Ramadan Putrajaya
Bagi komponen Bazar Ramadan, PPj berkata lebih 500 lot niaga disediakan di lima lokasi iaitu tapak bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Presint 3; tapak parkir Taman Seri Empangan, Presint 5; tapak parkir Pasar Awam Presint 8; tapak berhadapan Depo PPj, Presint 9 dan tapak Pasar Malam Presint 14, yang bermula dari 3 petang hingga 8 malam.
Antara banyak-banyak itu, yang paling terkenal sudah tentulah bazar ramadan Presint 3 yang terletak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Presint 3 disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan masjid ikonik tersebut menjadi tumpuan pengunjung.
Antara menu menarik yang ada disini adalah KING OF LAMB SHANK oleh CHEF AMMAR, MAKANAN LAUT BAKAR oleh HERY KERANG BAKAR, YONG TAU FOO oleh PAK MAN YONG TAU FOO, NASI AMBENG & NASI MINYAK oleh NASI MINYAK (AYAM & KAMBING), NASI DAGANG & NASI MINYAK oleh NASI DAGANG DEPANGUMOH, KEBAB MELAWATI oleh MELAWATI KEBAB, MEE REBUS HAJI WAHID oleh MEE REBUS JOHOR, MEE GORENG & BIHUN GORENG oleh MEE TONGGEK PUTRAJAYA
Laman Iftar PPj
Pengunjung turut mempunyai pilihan untuk mendapatkan juadah berbuka di Laman Iftar yang terletak di antara perkarangan Kompleks PPj iaitu terdapat 12 gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka dari 3 petang hingga 12 tengah malam.
Pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar berkonsepkan outdoor cafe di Kompleks PPj dan padang berhadapan Kompleks PPj yang juga merupakan lokasi ikonik berbuka santai bersama rakan-rakan dan keluarga
Lepas Iftar boleh terus ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di hadapan laman ini melalui laluan pejalan kaki Kiblat Walk untuk solat jemaah.
Anjung Syawal Putrajaya
Bagi komponen Anjung Syawal pula, ia menawarkan lebih 200 penggerai yang menjual barangan persiapan raya, persembahan kerohanian serta penampilan selebriti hijrah dan pempengaruh tempatan.
Pelbagai pengisian berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan turut dirancang oleh Perbadanan Putrajaya seperti sesi tazkirah, ceramah, tadarus Al-Quran, serta program-program lain bersama komuniti Putrajaya dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini.
Lokasi Letak Kenderaan Bagi Mengunjungi Bazar Ramadan Putrajaya
Lokasi tempat letak kereta bagi pengunjung yang ke Bazar Ramadan, anda diminta mematuhi arahan petugas dan berhati-hati serta memandu secara berhemah.