Selepas kejayaan Taco Bell Malaysia membuka kedai pertama mereka di Cyberjaya yang mana mereka telah berjaya menjual 100,000 makanan. Taco Bell kini menyatakan hasrat mereka berkembang dengan pembukaan bukan hanya satu, tetapi dua lokasi baru untuk memenuhi selera Malaysia yang meminati makanan ciri khas Mexico yang lazat dan segar.
Mereka kini secara rasmi mengumumkan pembukaan dua restoran Taco Bell yang baru di Bandar Sunway dan Cheras dalam beberapa bulan mendatang. Walau bagaimanapun, tarikh dan lokasi yang tepat untuk setiap restoran masih lagi dirahsiakan.
Nampaknya, tidak lama lagi penduduk Bandar Sunway dan Cheras akan dapat menikmati makanan yang diilhamkan oleh Mexico, termasuk item menu khas seperti Taco Supreme, Crunchwrap Supreme, Loaded Nachos, Bell Rice Bowl dan banyak lagi! Tak perlu pergi jauh-jauh ke Cyberjaya, apatah lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sekarang kan !
Dalam pada itu, Taco Bell Malaysia telah membuka tawaran jawatan kosong bagi cawangan terbaru mereka. Jika anda berminat, anda boleh memohon dengan mengisi maklumat peribadi di https://tacobell.com.my/career/