Kerajaan Indonesia melalui presidennya, Joko Widodo bahawa mereka bersedia membuka kembali sempadan & pintu masuk negara mereka di beberapa tempat buat pelancong asing bagi membantu sektor pelancongan mereka yang suram akibat wabak pandemik COVID-19.

Joko Widodo, yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi mengatakan sempadan negara tersebut akan kembali dibuka dengan beberapa lokasi akan dijadikan sebagai 'wilayah lokomotif' bagi memacu semula sektor pelancongan. Lokasi-lokasi tersebut adalah Bali, Batam dan Bintan.

Menteri Pelancongan & Ekonomi Kreatif Republik Indonesia , Sandiaga Uno pula mengatakan bahawa mereka akan meneruskan rancangan tersebut jika krisis COVID-19 berjaya ditangani seperti yang mereka jangkakan.

Dalam pada itu, persiapan telah dilakukan dengan usaha kerajaan melaksanakan program vaksinasi besar-besaran termasuk kepada pekerja-pekerja sektor pelancongan serta program pensijilan kebersihan, kesihatan, keselamatan dan kelestarian persekitaran bagi sektor pelancongan di seluruh negara.

Pengumuman mengenai perkara ini telah dilakukan di Arabian Travel Market (ATM) 2021, sebuah program berkait industri pelancongan berskala global yang diadakan di Dubai.

Bagaimanapun, dijangkakan kekurangan penerbangan & beberapa halangan lain akan melambatkan proses bagi kawasan pelancongan seperti Bali untuk pulih seperti sedia kala.