Bazar Aidilfitri@Lorong TAR akan diadakan mulai 29 Mac 2023 hingga 21 April 2023 dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Bagi memberi laluan kepada Bazar Aidilfitri@Lorong TAR sepanjang bulan Ramadan, Pasar Malam@Lorong TAR akan dipindahkan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada setiap hari Sabtu Ramadan iaitu pada 25 Mac, 1 April, 8 April dan 15 April 2023.
Sebahagian Jalan TAR akan ditutup untuk aktiviti pasar malam bermula dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu.
Laluan trafik akan ditutup mulai jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam.
Warga kota yang ingin ke Bazar Aidilfitri dan Pasar Malam serta kawasan sekitar Masjid India perlu merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam.