HalalXPlorer Logo
hsn2022
06 October 2022

Acara Kemuncak Hari Sukan Negara 2022 Bakal Berlangsung di Putrajaya 8 Oktober Ini. Jom Lihat Senarai Aktiviti HSN2022

Kongsikan:

Pada setiap tahun, Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) akan diadakan pada hari Sabtu ke – 2 bulan Oktober.

Pada tahun ini, sambutan HSN dijadualkan berlangsung pada 8 Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara.

Acara Kemuncak Hari Sukan Negara 2022 Bakal Berlangsung di Putrajaya 8 Oktober Ini. Jom Lihat Senarai Aktiviti HSN2022
Kredit : KBSMalaysia

Bagaimanapun acara tersebut akan disambut secara besar-besaran di peringkat kebangsaan bertempat di Dataran Putrajaya, berhadapan Istana Kehakiman dan juga ibu pejabat Perbadanan Putrajaya (PPj).

Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kebangsaan tersebut akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata terdapat lebih 50 aktiviti sukan akan diadakan pada sambutan peringkat kebangsaan di Putrajaya pada tahun ini.

Antara program pengisian HSN2022 adalah Putrajaya Night Marathon HSN2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Kejohanan e-sukan, Let’s Get Fit, M-Games, Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur dan Kejohanan “Powerboat” ASEAN.

Acara ikonik pula adalah Neon Fun Ride 30km, Fun Ride 10km, Fun Run 5km dan Fun Walk 3km.

Pelbagai aktiviti dan acara yang melibatkan agensi kerajaan, syarikat dan NGO sukan akan turut serta dalam menjayakan sambutan HSN2022 ini.

Selain itu, orang ramai termasuk anda turut dijemput untuk sama-sama turun memeriahkan acara tahunan ini bertempat di Putrajaya.

Haaa, sebelum itu untuk anda hadir ke Putrajaya, anda mesti kena tahu sedikit sebanyak berkenaan HSN2022 di Putrjaya kan ? Untuk itu, disini kami sediakan kepada anda senarai acara dan aktiviti HSN2022 di Putrajaya, serta pelan susun atur HSN2022 supaya memudahkan anda dalam merancang aktiviti !

Pelan Susun Atur / Layout Plan Hari Sukan Negara 2022

Acara Kemuncak Hari Sukan Negara 2022 Bakal Berlangsung di Putrajaya 8 Oktober Ini. Jom Lihat Senarai Aktiviti HSN2022
Kredit : KBSMalaysia

Senarai Aktiviti Hari Sukan Negara 2022 Putrajaya

Maklumat Lanjut

Jika anda mahukan sebarang maklumat lanjut berkait Hari Sukan Negara 2022 boleh layari laman web rasmi mereka di https://www.harisukannegara.my/

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA