HalalXPlorer Logo
3,000 bilik hotel baru
04 October 2022

Kuala Lumpur Bakal Terima Lebih 3,000 Suite & Bilik Hotel Baru Tahun 2022

Kongsikan:

Lebih 3,000 bilik hotel dan suite hotel baharu akan dibuka di Kuala Lumpur tahun 2022 ini, menurut laporan Kuala Lumpur Hotel Market Outlook & Prospects 2022 terkini oleh rakan usaha sama global CBRE|WTW, CBRE Asia Pasifik.

Antaranya ialah Park Hyatt Kuala Lumpur 232 bilik di PNB 118, Conrad Kuala Lumpur 544 bilik (bekas ibu pejabat MAS di Jalan Sultan Ismail), 535 bilik Parkroyal Collection Kuala Lumpur (dan Pan Pacific Serviced Suites Kuala Lumpur) , Hotel Kempinski Kuala Lumpur 160 bilik, Amari Kuala Lumpur 252 bilik, dan Fairmont Kuala Lumpur 690 bilik.

Tambahan 1,260 bilik hotel baharu akan dibuka antara 2023 dan 2025. Ia termasuk 471 bilik Kimpton Kuala Lumpur @ The Tun Razak Exchange, 226 bilik So Sofitel Kuala Lumpur Hotel & Residence di Jalan Ampang, 213 bilik Jumeirah Kuala Lumpur Hotel & Residences, dan 350 bilik hotel The Edition Kuala Lumpur.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA