Kalau bercakap berkenaan kedai Thailand, mungkin ramai dari kita terbayangkan kedai siam yang kita selalu makan nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung dan lain-lain.
Haa tapi kali ini, kami nak perkenalkan satu kedai Halal yang menyajikan menu benar-benar dari Thailand.
Ini adalah Little Rara Thai Noodle House, perniagaan yang dah dimulakan sejak kira-kira 11 tahun yang lalu. Bermula dari sebuah gerai kecil di Jalan Kia Peng.
Namun, selepas itu mereka membuka cawangan ke-2 yang kekal sehingga ke hari ini di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Rudi Farique Azizc atau dikenali sebagai Chef Rudi, pemiliknya tampil dengan konsep restoran ini kerana kegemarannya terhadap makanan jalanan Thai dan menamakan restoran ini bersempena nama anaknya.
Beliau yang juga mempunyai darah campuran dari Thailand ingin berkongsi akar umbinya dengan orang ramai dan menggalakkan orang ramai menikmati makanan jalanan klasik Thailand yang sebenar di dalam sini. Definisi makanan jalanan bagi beliau mestilah murah, dan asli.
Demi memberikan kepuasan kepada pelanggan, masakan di Little Rara Thai Noodle House menggunakan sumber yang asli dan terbaik.
Jangan terkejut sekiranya daging yang dihidangkan di restoran tersebut lembut dan sedap kerana ia adalah daging import gred tinggi dari Australia.
Biarpun dalam mengekalkan rasa yang asli memerlukan modal bahan mentah yang agak besar, namun keutamaan rasa dan kepuasaan pelanggan lebih dititikberatkan.
Restoran Little Rara Thai Noodle House menyediakan makanan ala 'Thai Street Food'. Kiranya macam makanan kebiasaan di warung ataupun gerai di Thailand.
Antara menu yang wajib anda cuba disini adalah Tom Yum Talay Noodle iaitu mee tom yam ala Bangkok dengan udang, kepah, sotong.
Telur separa masak turut diletakkan bersama. Apabila digaulkan bersama kuah tom yam tersebut akan menghasilkan kuah yang lebih pekat dan creamy.
Selain itu, anda patut juga mencuba nasi omelette udang. Omelette yang mereka sediakan bukannya telur kosong semata, tetapi diletakkan sedikit bahan dan juga taburan udang. Fuhh !
Selain itu, anda boleh juga mencuba menu Pad Thai Jareya serta Sauna Prawn. Terbaik !
Alamat
Little Rara Thai Noodle House, 333, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur