Putrajaya bukan sahaja menempatkan kehijauan yang subur - bandar pentadbiran yang moden ini juga dipenuhi dengan banyak tarikan yang menyeronokkan, bangunan yang mengagumkan dan mercu tanda unik yang menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi.
Jadi, jika anda sedang mencari perkara popular untuk dilakukan di Putrajaya, baca terus untuk mendapatkan senarai lengkap yang boleh anda lakukan semasa anda berada di sini!
1) Menyusuri Tasik Putrajaya
Menyusuri Tasik Putrajaya adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati pemandangan keseluruhan Putrajaya. Tasik ini dikelilingi oleh banyak senibina futuristik dan indah di bandar ini, menjadikan pengalaman pelayaran sebagai salah satu cara terbaik untuk melihat semuanya dengan baik.
Anda juga boleh memilih daripada dua jenis bot persiaran iaitu, kapal moden dan romantik atau perahu kayu tradisional.
2) Beriadah di Taman Botani Putrajaya
Taman Botani Putrajaya yang berkeluasan 92 hektar merupakan salah satu Taman Botani terbesar di Malaysia. Digelar “mother of all gardens”, Taman Botani yang berkonsepkan “floral attractions” menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dari 13 koleksi tema tumbuhan yang berasal dari benua-benua yang berbeza.
Taman ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama; Bahagian Taman Hiasan, Bahagian Taman Etno-Botani dan Bahagian Penyelidikan Merangkap Pemuliharaan. Bahagian Taman Hiasan terdiri daripada 13 taman tematik seperti taman anggur, taman pakis, taman matahari dan bukit sawit. Taman Botani juga popular sebagai destinasi untuk berjoging, berbasikal dan berkelah.
Taman Botani Putrajaya juga menempatkan Moroccon Pavillion Islamic Garden atau Astaka Morocco yang mengambil inspirasi daripada warisan dan seni bina Maghribi.
Dibina atas pertukaran budaya antara Malaysia dan Maghribi, pintu gerbangnya dihiasi dengan keindahan air pancut yang menyejukkan mata memandangnya. Selain itu, ayat-ayat suci al-Quran kelihatan timbul di dindingnya dengan ukiran khat yang halus.
Astaka ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan dengan sempurna. Paling menarik semua bahan binaan termasuk simen dan kapur khas, marmar atau jubin didatangkan khas dari Maghribi. Malah termasuk pekerja untuk membinanya juga datang dari negara Afrika Utara itu, bagi memastikan keaslian seni binanya.
Di setiap pintu bilik pameran mewakili lapan bandar atau kota di Maghribi seperti Fez, Rabat, Essaouira, Rif Atlas, Marrakesh dan Meknes. Bahagian luar taman pula dihiasi pelbagai bunga tropika dan untuk menampak ia seolah-olah bangunan padang pasir, terdapat puluhan pokok kurma serta kektus.
3) Melawat Taman Persahabatan China-Malaysia
Merupakan mercu tanda hubungan diplomatik yang terjalin kukuh antara Malaysia dan China. Taman Persahabatan China-Malaysia terletak di Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya.
Taman ini mempamerkan gaya Lingnan yang lengkap dengan unsur dan karakter tradisional Cina yang terdiri daripada enam elemen utama iaitu gunung, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan yang menimbulkan rasa yang sangat mendamaikan.
Taman indah ini diturap dengan batu bata dan batu berwarna, dengan koridor berliku-liku, pohon-pohon rimbun, bunga-bunga yang mekar, halaman indah yang menenangkan serta astaka yang dikhususkan untuk ahli kaligrafi dan pelukis terkenal.
4) Mengembara di Putrajaya Wetland Studios
Wetland Studios Putrajaya terletak kawasan air tawar tropika buatan manusia terbesar di iaitu Taman Wetland Putrajaya, Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah taman tema didik-hibur dalaman berhawa dingin berteraskan teknologi.
Tarikan terbaru ini menawarkan tarikan dan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar selain menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat, serta flora dan fauna.
Melalui pengalaman hibrid secara maya dan fizikal, para pengunjung akan mendalami tentang sejarah bumi, peranan penting air serta ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok, bunga dan lain-lain.
Memang seronok dapat bawa anak-anak jalan-jalan sambil menerokai alam semulajadi yang hebat melalui kaedah yang unik dan terbaru, memang seiring dengan perkembangan teknologi alaf baru.
Antara pengalaman menarik menanti pengunjung adalah immersive reality di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsepkan alam semula jadi melalui teknologi seperti hologram, Augmented Reality (AR) serta Virtual Reality (VR).
Pengunjung juga boleh juga menemui watak animasi dan mempelajari pelbagai spesies hidupan termasuk makhluk pupus seperti T-rex dan sebagainya.
5) Ziarah 2 Masjid Yang Megah
Putrajaya juga menempatkan 2 masjid yang begitu ikonik di Malaysia iaitu Masjid Putra dan juga Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dikenali sebagai Masjid Besi.
Masjid Putra yang dibina di kawasan tebing Tasik Putrajaya berkeluasan 10 ekar, boleh memuatkan 10,000 orang jemaah di ruang solat utama dan di tingkat satu. Sahn atau halaman boleh menampung sehingga 5,000 jemaah lain semasa berjemaah dan menampilkan hiasan air yang dikelilingi oleh tiang-tiang yang dibina dengan indah untuk pengunjung mencari tempat berteduh dan melindungi diri dari panas terik.
Di sebelah kiri pintu masuk masjid, sebuah menara setinggi 116 meter berdiri megah dalam bentuk bintang berujung lapan yang tambah menonjolkan seni bina dan reka bentuk Islam yang unggul. Terdapat juga lima tingkat pemisah di menara yang menggambarkan lima rukun Islam dan lima waktu solat. Sebilangan besar masjid, yang memiliki ketinggian setara dengan bangunan 21 tingkat, dikelilingi oleh air, sehinggakan ia kelihatan seolah-olah terapung, meningkatkan lagi dan menyatakan keunikan dan keindahannya sendiri.
Keseluruhan bangunan ini dibina dalam granit berwarna merah jambu (sehingga memberikan warna merah jambu gurun yang ikonik).
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009. Rekabentuk dalaman yang unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China.
Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah al-Baqarah.
Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Asma’ Ul-Husna.
6) Melawat Discover Putrajaya
Discover Putrajaya merupakan tarikan baharu pelancong yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Lokasinya mudah diakses terletak bersebelahan Dataran Putra, Discover Putrajaya bertujuan untuk memberikan kepada pengunjung dengan 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya.
Alami pemandangan serta bunyi-bunyian yang menakjubkan hanya di Discover Putrajaya.
7) Membeli di Kedai Coklat Terbesar Lembah Klang
Kedai coklat terbesar di Lembah Klang, Souq Shoppe Putrajaya merupakan tarikan terbaru di Putrajaya. Kedai seluas 11,000 meter persegi bukan sahaja menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa seperti Daim, Kinder Bueno, Pepero, Nutella, Loacker dan Ferrero, malah memberi pengunjung peluang bergambar dalam alam fantasi dengan reka cipta dalaman yang dilengkapi lampu warna-warni dan struktur klasik.
8) Melihat Kuda di Pusat Ekuestrian
Jika anda sukakan haiwan, menunggang kuda adalah pengalaman yang pasti anda patut cuba. Taman Ekuestrian Putrajaya adalah salah satu pusat ekuestrian kegemaran di Malaysia, dilengkapi dengan kemudahan rekreasi yang mengagumkan dan ruang seluas 70 ekar yang menghijau.
Menunggang kuda ialah aktiviti yang kurang diberi perhatian, jadi jika anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza, jangan ketinggalan kerana pusat ini menawarkan pelajaran menunggang untuk semua peringkat pengalaman, tunggangan riang, lawatan stabil dan juga penyewaan kuda.
9) Cabar Adrenalin di District 21
Luangkan hari yang penuh adrenalin bersama rakan atau keluarga anda di , taman pengembaraan tertutup yang unik dengan tema dunia pasca-apokaliptik pada masa hadapan.
Terletak di dalam IOI City Mall, atrium dalaman seluas 70,000 kaki persegi ini menampilkan 10 tarikan pengembaraan yang mendebarkan dan laluan berhalangan untuk anda temui. Bersedia untuk memanjat, meluncur, menunggang, melompat, jatuh bebas dan terbang!
10) Mendaki Tangga Putrajaya Steps
Pembinaannya bersempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya. Tangga ikonik dan lokasi tumpuan pelancong ini dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana.
Putrajaya Steps mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande.
Diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves, Malaysia. Putrajaya Steps dibina dengan ketinggian 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter.
Ia turut dilengkapi struktur dan fasiliti yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti bersukan, beriadah mahupun rekreasi secara santai di sepanjang binaan tangga sambil menikmati panorama indah Putrajaya.