HalalXPlorer Logo
10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor
15 December 2023

10 Destinasi Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi di Kluang, Johor !

Kongsikan:

Jika anda berada bercadang untuk bercuti di Johor, Kluang antara salah satu destinasi terbaik untuk diterokai. Berikut kami senaraikan lokasi yang boleh anda singgah sepanjang bercuti di Kluang.

1 – UK Agro Farm Resort

UK Farm terletak di dalam Projek Pertanian Moden Kluang (Projek Pertanian Moden Kluang) di negeri Johor di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Di ladang seluas 100 ekar ini terdapat kambing dan biri-biri. Selain itu terdapat juga kebun seluas 20 ekar dengan pelbagai jenis buah seperti markisa, sirsak, rambutan, durian dan banyak lagi.

Selain daripada tempat yang cantik, di sini disediakan pelbagai aktivti seperti menungga kuda, ‘night tour’ melawat ladang hydroponik dan anda juga boleh bermalam ni sini di Chalet yang disediakan.

2 – Kluang Rail Coffee

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Kluang Rail Coffee kini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, namun sebenarnya cawangan yang pertama dan asalnya sebenar-benarnya di Kluang dan dibuka sejak 1938 lagi ! Ia sekali gus menyaksikan jenama ini meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kopitiam kereta api tertua di Malaysia (the oldest railway kopitiam in Malaysia).

3 – Hutan Rekreasi Gunung Lambak

Terletak kira-kira 5km dari Bandar Kluang, Hutan Rekreasi Gunung Lambak menjadi destinasi yang cukup menarik bagi pengunjung yang dahagakan keindahan alam semulajadi.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Di kaki Gunung Lambak, terdapat sebuah hutan rekreasi yang cukup menarik dan indah. Di sini pengunjung berpeluang untuk berenang di kolam dan mendaki gunung. Selain dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna, air terjun yang dingin dan nyaman juga terdapat di sini. Bagi kanak-kanak, taman permainan ada disediakan. Kemudahan penginapan juga ada disediakan.

4 – Laman Kreatif Kluang

Laman Kreatif ini adalah satu initiatif bagi menceriakan lorong belakang di kawasan Bandar Kluang berhampiran Taman Merdeka. Kawasan yang telah dinaiktaraf dengan pemasangan lampu dan lukisan mural yang cantik menjadikan kawasan tersebut tumpuan pelancong serta aktiviti riadah.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Ada banyak karya seni mural yang tampak 3D dan cantik yang dihasilkan oleh karyawan tempatan dan dari luar negeri. Jika anda ingin ke sini boleh ke alamat ini, 1956, Jalan Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor.

5 – Restoran Bawah Kolong

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Tidak dapat dinafikan, ini adalah salah satu tempat terbaik untuk menikmati makanan Melayu asli dan juga makanan barat di Kluang. Bagi penggemar makanan melayu, mereka menyediakan hampir 30 jenis lauk - pauk di kedai mereka.

Restoran ini mengambil namanya daripada ruang makan yang berada di bawah kolong sebuah rumah tradisional Melayu bertiang tinggi.

6 – Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak

Restoran ini sudah pun terkenal dikalangan warga kluang. Menjadi destinasi untuk mengisi perut lapar ketika tengah hari, lauk gulai kawan dan asam pedasnya sememangnya menjadi pilihan ramai.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Rata-rata menasihatkan untuk ke sini sila datang pada awal untuk mengelakkan anda terpaksa menunggu lama dan kemungkinan lauk habis! Boleh ke alamat ini, No. LG04, Blok L, Jalan Haji Manan,berdekatan Hotel Ailang Kluang.

7 – Lemang Kubor

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Di sini apa yang menarik ialah menu nasi lemaknya. Nasi lemak di sini disediakan dengan cara yang unik dan lain daripada cara membuat nasi lemak biasa.

Apa yang uniknya ialah kedai ini menyediakan nasi lemak di dalam buluh. Menu ini dinamakan Nasi Lemak Buluh Betung. Cara penyediaannya sama seperti cara memasak Lemang – beras, santan, dan garam yang dimasak dalam tiub buluh berlapis daun pisang.

8 – Hutan Rekreasi Gunung Belumut

Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak 32 km dari Bandar Keluang iaitu melalui Jalanraya Keluang-Mersing, 137 km dari Bandar Johor Bahru. Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu di gunung ini yang licin dan berlumut.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Perjalananan ke puncak gunung ini, pengunjung perlu melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki melalui denai. Di kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya sejuk serta nyaman, ia menjadi tarikanpengunjung untuk datang terutama pada musim cuti atau hujung minggu.

9 - Galeri Terompah Mastor

Anda tahu apa itu terompah? Terompah ialah sejenis kasut atau sandal yang diperbuat dari kayu. Pada zaman dahulu, terompah sangat popular dan boleh digunakan untuk basahan atau kalau yang cantik sikit, sebagai kasut jalan.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Galeri Terompah Mastor mempamerkan pelbagai bentuk dan warna terompah, mereka turut menghasilkan jualan sekitar seribu terompah setiap bulan untuk dijual di dalam dan luar negara.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Kebanyakkan terompah ini dihasilkan menggunakan kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu pine yang diimport.

10 - Hairie Food Industries

Hairie Food Industries adalah sebuah tempat menjual pelbagai jenis kudapan dan makanan ringan yang dikatakan tempat menarik di Kluang juga. Sinonim dengan lawatan pelancongan di negeri orang, sudah semestinya kita akan membeli kerepek sebagai buah tangan ataupun sebagai kudapan di rumah saat menonton televisyen atau semasa di pejabat.

10 tempat menarik di kluang johor 10 destinations interesting places kluang johor

Terdapat pelbagai jenis kerepek, jeruk dan makanan tradisi Johor yang boleh anda dapati di Hairie Food Industries ini. Premis ini terletak di Jalan Benut, Kg Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang iaitu tidak jauh dari Galeri Terompah Mastor.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA