Johor Darul Ta'zim adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Johor merupakan negeri ke-5 terbesar di Malaysia dan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
negeri Johor Darul Takzim yang kesemuanya 10 daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Muar - Bandar Diraja, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Segamat, Ledang dan juga Mersing.
Kesemua daerah ini pastinya mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri, namun dalam senarai ini kami tunjukkan kepada anda 5 daerah serta keunikannya yang menjadi pilihan kami.
1) Daerah Johor Bahru
Daerah Johor Bahru menempatkan ibu negeri Johor iaitu Bandaraya Johor Bahru sendiri. Ia merupakan sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya ini merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Jikalau anda ingin melancong dalam suasana bandar, anda bolehlah ke Johor Bahru. Antara yang menarik adalah :
Danga Bay
Tarikan utama di daerah Johor Bahru ialah Danga Bay. Selalunya orang ramai yang pergi ke Johor Bahru mesti akan singgah ke Danga Bay. Best ke Danga Bay? Kawasan Danga Bay ini sangat meriah pada waktu malam. Danga Bay juga tempat untuk bersantai di tepi laut. Anda boleh menikmati makanan laut serendah RM60 seorang.
Danga Bay juga dikenali sebagai wajah Johor kerana dikatakan di Danga Bay ini kita boleh lihat berbagai budaya dan adat sebenar orang-orang Johor. Antara aktiviti menarik di Danga Bay, anda boleh menaiki cruise berdurasi sejam untuk mengelilingi Danga Bay dengan RM20 sahaja seorang. Cruise ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 8 malam.
Pada waktu siang anda boleh berbasikal berkumpulan bersama rakan atau ahli keluarga anda dengan RM39 untuk rondaan selama 45 minit. Bilangan tempat duduk basikal sebanyak 2-6 tempat duduk.
2) Daerah Mersing
Tahukah anda bahawa di daerah mersing sahaja terdapat 15 pulau yang cantik ! Antara yang popular ialah Pulau Sibu, Pulau Pemanggil, Pulau Tinggi, Pulau Besar, Pulau Rawa dan banyak lagi !
Jika anda mahu rehatkan minda , anda boleh mengunjungi pulau-pulau ini bersama rakan atau keluarga anda. Di samping itu, anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik seperti 'snorkeling' , 'scuba diving' dan memancing.
Pulau Sibu
Pulau Babi Besar ( Pulau Besar )
Sumber: viramon
Pulau Pemanggil
3) Daerah Kota Tinggi
Di Daerah Kota Tinggi , terdapat gunung atau hutan yang boleh anda lawati. Antaranya Gunung Panti, Hutan Lipur Panti dan Gunung Mustahak.Jika anda sukakan aktiviti lasak, anda boleh la mendaki gunung dan hutan ini.
Gunung Panti
Sumber: https://www.johortransport.com/
Jangan lupa untuk mandi manda di Air Terjun Kota Tinggi yang turut menyediakan gelongsor, boleh feeling feeling macam mandi di taman tema air. Anak-anak pasti suka mandi disini nanti. Kalau tak mahu mandi pun, dengar bunyi aliran deras air terjun pun cukup menenangkan.
Air terjun Kota Tinggi
Sumber: http://razfira.blogspot.com/
Anda juga boleh melawati 'Desaru Ostrich Farm' untuk menambah pengalaman atau ilmu mengenai burung unta ini. Sambil anda memberi makan kepada burung unta itu, anda boleh mengetahui beberapa spesis unik yang ada disini. Menariknya, di ladang burung unta ini terdapat lebih kurang 300 ekor burung unta! Banyak nyaaa.
4) Daerah Pontian
Laman Diraja Pontian
Sumber: Wikipedia
Kalau anda datang makan angin di daerah Pontian, anda wajib singgah di Laman Diraja Pontian. Laman ini bersebelahan pantai dan disini juga terdapat mercu tanda mahkota kesultanan Johor. Anda bolehlah bergambar disini sambil menikmati angin kuat dari pantai. Disini juga terdapat trek berjoging dalam 500M panjangnya. Jadi tempat ini jika anda pergi waktu petang memang ramai akan beriadah disini. Meriah.
Selain itu, anda boleh melawat Taman Negara Pulau Kukup. Ianya merupakan hutan bakau terbesar didunia. Menariknya, disini and boleh menaiki bot sambil menikmati keindahan alam semulajadi flora & fauna yang menenangkan. Harga juga hanya RM3/seorang. Anda juga boleh memancing, memberi makanan kepada ikan dan berjalan di atas pelantar kayu.Bestnyaaaa
sumber: ujieothman.blogspot.com
5) Daerah Muar
Taman Tanjung Emas
Sumber: my/travelmalaysia.me
Jika anda berjalan-jalan ke Muar, anda boleh mulakan ekspedisi anda dengan melawat Taman Tanjung Emas. Tempat ini merupakan taman rekreasi dan sangat sesuai untuk dibawa keluarga berjalan-jalan,sama ada pada waktu siang atau malam, Katanya, pada waktu malam lagi seronok. Anda cubalah!
Sumber: travelmalaysia.me
Sungai Muar
Sumber: The Malaysian Times
Di muar juga terdapat 'Boat Cruisiing'. Selepas anda penat berjalan seharian di sekitar Muar, apa kata pada malamnya anda datang ke sini untuk menikmati pemandangan Bandar Muar yang istimewa di Sungai Muar ini. Informasi lanjut anda boleh rujuk gambar dibawah ini.
Asam Pedas Pak Yahya
Selain itu, asam pedas Muar memang sangat terkenal. Anda boleh try asam pedas di Pak Yahya Asam Pedas. Kebanyakan pengunjung luar mahupun penduduk bandar Maharani ini sendiri memang gemar datang makan asam pedas disini. Rasanya lebih 'kick' dan 'piau' jika dibandingkan dengan tempat yang lain. Sekali makan pasti nak lagi sampai tak toleh kiri kanan sebab sedap sangat!
Sumber: maisinggah.com