Kalau tahun lepas kita nyanyi lagu Allahyarham Sudirman dengan korus "o o o Balik Kampung , o O o Balik kampungg" , tahun ini mungkin kena adjust sikit jadi "uuUuu~ balik kampungg uuu ?" HEHE.
Sebenarnya, tak boleh bersedih-sedih tau. Hari raya aidilfitri adalah hari menyambut kemenangan setelah kita berjuang melawan nafsu dan berpuasa di bulan Ramadhan. Maksudnya, kita bukannya tak boleh raya kalau ada COVID-19. Kita cuma tak boleh raya kalau tak puasa jer. Tapi, kita puasa kan? So, tetaplah kena sambut raya dengan penuh rasa syukur dan mengagungkan kebesaran Allah.
Cuma, kali ini raya berbeza sikitlah. Dengan pelaksanaan PKPB, kerajaan melarang pergerakan merentas negeri tanpa urusan termasuk untuk balik raya.
Mungkin ini masanya kita sambut bersama jiran-jiran di bandar pula, yang selama ini kita tak sempat ucapkan salam dan doakan mereka di hari raya sebab masing-masing pulang ke kampung.
Raya tetap raya, cuma kali ini kami saja-saja nak throwback kenangan kita semua pulang ke desa yang tak dapat dirasai tahun ini sebab ramai tak dapat travel ke kampung kannn.
Love-Hate relationship dengan kesesakan jalanraya
Ini memang perkara yang tak dapat dirungkai. Benci tapi suka , dan suka tapi benci. Cakaplah cuti panjang yang mana pun, kesesakan waktu bila pun, tak akan ada yang sama dengan kesesakan yang dihadapi waktu pulang raya. Stress, tapi tetap hati berbunga. Fuh, memang sukar dicari moment begini. Memang kecintaan terhadap keluarga di kampung yang suci lagi murni.
Terdetik di hati, "raya kat kl je la senang"
Sumber : Astro Awani
Tetapi, bagi generasi yang memang membesar di bandar, perasaan pulang ke kampung ni mungkin tak sekuat generasi awal. Mungkin sambil-sambil tengah menghadap jem tu, ada sesekali terfikir, "lepasni kita raya KL je senang".
Ada sesiapa selalu terfikir macamni tak? Takpe, tahun ni tak perlu terfikir lagi, sebab anda memang betul-betul beraya di KL dah tu. Jadi, macamana? rasa best tak? hehe.
Saat ajaib berjalan kaki lebih laju berbanding berkenderaan
Gambar hiasan
Sumber : mstar
Bagi jiwa yang memberontak dan tak sabar-sabar nak sampai ke kampung pula mesti selalu terfikir "jalan kaki lagi laju ni" . Memang rare, setahun sekali jer kita nak jumpa keadaan di mana berjalan kaki lebih laju daripada menaiki kereta. Tapi, tetap tak ramai buat sebab jalan laju itu sekejap jer, lepastu kena potong dengan kereta semula.
Family Karaoke di dalam kereta
Masa menghadapi jem ini sebenarnya tak terlalu teruk kalau kita tahu untuk lihat dari sudut positif. Antaranya bonding time bersama ahli keluarga dengan menyanyikan lagu bersama-sama di dalam kereta. Dapat berhibur, dapat eratkan ikatan kekeluargaan. Lagi best bila kita nyanyikan lagu-lagu raya, memang feel.
Stretching tepi kereta
Kalau berhenti je kawasan r&r , perkara pertama dilakukan mestilah stretching dulu, duduk 4-5 jam tegak je dalam kereta memang sakit-sakit badan dibuatnya. Masa tu, tak kisah dah orang nampak atau tak. Yang penting badan kena lega dulu. Macam atlet olahraga dah kita ni.
Kewujudan 'tandas viral beratur'
Sumber : twitter @muhammadafique
Ha, selalu kita dengar kedai makan aje kena yang viral sampai kena beratur. Tapi, punya best waktu raya ni, sampai tandas pun kena beratur macam nak masuk kedai viral uolz ! Kalau beratur di kedai sambil menahan rasa lapar, disini beratur sambil menahan sakit perut. Fuh, rindu-rinduuuu.
Hafal kata-kata DJ radio
Sumber : radiotoday
Di hari biasa, kita duduk dalam kenderaan pun tak lama. Jadi, kita buka radio dan dengar sekejap sahaja. Tetapi, waktu nak balik raya ini seharian kita duduk dalam kereta. Baru kita tahu, rupanya banyak sangat siaran ulangan di radio. Baru je tadi kita dengar DJ bercakap sesuatu, tiba-tiba sekarang dia cakap balik perkataan sama dengan gaya yang sama. Sejam selepas itu, dia ulang lagi . MasyaAllah !
Ini antara kenangan best waktu dalam perjalanan ke kampung untuk sambutan raya. Takpelah kita rehat sekejap tahun ini, moga Allah kurniakan semula detik sebegini di tahun mendatang.
Apapun, raya di bandar pada tahun ini tidak bermakna kita tak perlu menyambut dengan ikhlas yer . Tetaplah sambut raya serta membesarkan Allah atas nikmat yang diberikan.
Kami akhiri dengan ucapan Selamat hari raya Aidilfitri .
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.