Sebelum ini kami pernah ceritakan kepada anda bahawa negara-negara Eropah akan kembali membuka sempadan mereka buat pelancong bermula bulan Jun, namun kebenaran itu hanyalah terhad kepada sesama mereka jer. Penduduk dari satu negara Eropah, ke negara Eropah yang lain. Jemput baca disini
Tetapi, dengar cerita bermula 1 Julai ini pula, negara-negara di Kesatuan Eropah akan mula membenarkan kemasukan pelancong dari luar benua itu pula. Boek !
Wakil presiden Kesatuan Eropah Josep Borrell mengatakan pembukaan semula bulan Julai akan dipertimbangkan berdasarkan "prinsip dan kriteria" tertentu, dan "akan didasarkan atas pendekatan bersama yang diselaraskan oleh negara-negara anggota."
Ini bermaksud bahawa semua negara anggota harus bersetuju secara kolektif dan menyemak senarai negara bukan EU yang terpilih untuk dibenarkan masuk secara berkala. Betul lah tu, kan bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
sama-sama lah kita tunggu bulan julai kemudian teruskan hidup macam biasa sebab sempadan negara kita tak buka lagi pun. kah !