HalalXPlorer Logo
thailand halalkan ganja cannabis bakal bantu sektor pelancongan di thailand
23 August 2023

Tanaman Ganja Bakal Bantu Sektor Pelancongan Thailand

Kongsikan:

Walaupun disesetengah negara seperti Malaysia mengklasifikasikan ganja sebagai tanaman yang dilarang, ada juga negara mengambil kelebihan ganja sebagai satu sumber untuk merawat penyakit dan menjana pendapatan. Sebagai contoh ialah negara Thailand.

Kementerian Pelancongan dan Sukan dan Kesihatan Awam Thailand bakal melancarkan lawatan ganja bagi tujuan perubatan pertama di Asia Tenggara pada tahun 2021 sebagai langkah membantu sektor pelancongan. Program tersebut bagaimanapun bakal dimuktamadkan selepas draf rancangan tersebut diluluskan .

Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang ganja bagi tujuan perubatan dan mendidik mereka yang berminat untuk menanam.

Lapan daerah yang berpotensi untuk penanaman ganja untuk program lawatan tersebut adalah dari Mae Hong Son, Lampang, Samut Songkhram, Sakon Nakhon, Nakhon Ratchasima, Buri Ram, Phatthalung dan Chon Buri.

Pada peringkat awal, program ini bertujuan untuk mendidik penduduk setempat yang ingin membentuk perusahaan komuniti dan berusaha untuk menjadi penanam ganja yang sah. Program ini akan membuka jalan bagi pemahaman asas tumbuhan ganja dan manfaat dari segi ekonominya.

Jabatan Pelancongan di Thailand bakal ditugaskan untuk bekerjasama dengan Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand dalam mempromosikan pelancongan perubatan, termasuk herba dan ganja untuk perubatan tradisional.

Di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh dua jabatan terbabit, mereka ingin merangsang pesara tempatan dan pelawat antarabangsa dengan mengembangkan dan mempromosikan lawatan ganja ini.

Kerjasama ini diharap dapat membantu penduduk tempatan menghasilkan sumber pendapatan baru dengan kemahiran dan pengetahuan yang lebih baik mengenai ganja dan herba.

Tanaman Ganja Bakal Bantu Sektor Pelancongan Thailand 2021 2
. Acara penuaian pokok ganja oleh Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul. Sumber Gambar: Bangkok Post

Pada 4 Ogos yang lalu, kabinet bersetuju dengan cadangan untuk mengubah Undang-Undang Narkotik untuk membolehkan pengamal perubatan swasta, termasuk beberapa pengamal perubatan tradisional, dan petani menanam tanaman ganja untuk rawatan perubatan.

Keputusan itu dibuat susulan daripada legalisasi ganja terkawal pada tahun 2018, yang menyaksikan Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan penanam ganja mengikuti peraturan agensi kerajaan.

Walau bagaimanapun, penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi masih dilarang di Thailand.

Phiphat berkata bahawa kerajaan bersedia untuk menjadi tuan rumah pameran ganja di Buri Ram pada Oktober tahun depan, setelah edisi pertama diadakan pada tahun 2019.

Pameran dilihat dapat mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai pusat perubatan ganja di rantau ini kerana akan mengalu-alukan penjual dan pembeli antarabangsa yang terlibat dengan sains dan perubatan ganja, katanya.

Acara ini sebelumnya dijadualkan untuk tahun ini, tetapi ditangguhkan kerana wabak pandemik yang melanda seluruh dunia.

Program lawatan tersebut bakal memberi keyakinan kepada masyarakat setempat yang masih khuatir terhadap polisi tersebut.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memperlihatkan setiap proses penanaman, peraturan nenanam ganja dan cara mendapatkan hasil dari pertanian ganja.

Sumber rujukan: Bangkok Post

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA