Sumber : Forbes
Lion Air Group of Indonesia telah memulakan semula operasi mereka setelah pemerintah larangan penerbangan domestik dibatalkan, namun nampaknya mereka terpaksa menutup semula operasi tersebut.
Tetapi, kali ini berpunca dari ramai penumpang mereka yang degil dan tidak mahu ikut arahan yang dikeluarkan dalam usaha membendung wabak COVID-19.
Kisahnya begini, pada 24 April, pihak berkuasa Indonesia menghentikan perjalanan udara domestik dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran coronavirus. Lion Air, dengan anak syarikat iaitu Batik Air dan Wings Air, memiliki sekitar 55% pasaran domestik di Indonesia tau , mereka pun terpaksa menutup operasi.
![lion air](https://www.ifn.news/wp-content/uploads/2019/07/48332564676_873f1a7116_o-e1563726864905.jpg)
Penutupan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menyekat perjalanan domestik kerana kebiasaan di awal Ramadan, ramai orang Indonesia akan balik ke kampung halaman mereka dan pastilah berpotensi menyebarkan virus.
Kemudian, Lion Air Group diizinkan untuk beroperasi semula selepas tamat tempoh awal ramadan.
Larangan penerbangan penumpang dilonggarkan oleh kerajaan untuk membolehkan individu seperti pegawai, kakitangan perubatan, ahli perniagaan, anggota keluarga yang sakit untuk terbang di antara bandar-bandar Indonesia.
Tetapi belum cukup sebulan beroperasi, pada 27 Mei, syarikat itu mengumumkan bahawa operasi mereka diberhentikan semula.
Syarikat penerbangan itu menyalahkan penumpang kerana tidak mengikuti peraturan berkaitan COVID-19, antaranya berkaitan dengan penjarakan sosial dan dokumen kesihatan yang diperlukan.
Lion Air mendakwa "ramai penumpang tidak dapat melakukan perjalanan udara kerana mereka tidak melengkapkan dokumen dan memenuhi syarat yang diperlukan semasa tempoh amaran pandemik Penyakit COVID-19."
Sebenarnya, tak perlu lihat kepada dokumen. Peraturan asas seperti memakai topeng muka, mencuci tangan dengan kerap, menjaga kebersihan ketika dalam pesawat pun diendahkan oleh kebanyakan penumpang.
Sumber : Lensa Bangka Belitung
Disebabkan itu, Lion Air merasa bimbang mengenai kesihatan pekerja dan mengatakan mereka memerlukan sedikit masa untuk menyebarkan maklumat mengenai prosedur menaiki pesawat melalui laman web dan pejabat cawangan mereka.
Dalam sidang media, pihak Lion Air mengatakan mereka akan menghentikan operasi penerbangan mulai 5 Jun. Bagi penumpang yang sudah menempah tiket, Lion Air menawarkan pengembalian wang, tetapi tempahan baru tidak diterima buat masa ini.
Artikel berkaitan penerbangan disini
Sumber : Forbes