HalalXPlorer Logo
07 June 2020

PKPP bermula 10 Jun: Dah boleh merentas negeri ! Masa untuk pulihkan ekonomi negara

Kongsikan:

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan turut dibenarkan.

"Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD," katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini ( 7 Jun 2020 )

Justeru, Perdana Menteri berkata, mereka yang ingin menziarahi ibu bapa kerana tinggal berjauhan boleh berbuat demikian.

"Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

"Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.

"Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan," katanya.

Secara ringkas, antara pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

  • Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan
  • Sambutan Hari Raya Aidiladha dan aktiviti korban dibenarkan mengikut SOP ditetapkan
  • Sekolah akan dibuka secara berperingkat setelah dapat nasihat Kementerian Kesihatan
  • Aktiviti komersil babitkan urusan jualan bukan dalam premis dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Perintah Pemulihan (PKPP)
  • Waktu operasi perniagaan akan beroperasi seperti biasa namun dengan pematuhan SOP
  • Beberapa sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan kecuali sukan membabitkan sentuhan, penonton dan perhimpunan penyokong
  • Sempadan negara masih ditutup

Bagi kami, memang cantik nama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini. Inilah masanya kita pulihkan ikatan, dan jalinan, pulihkan keadaan, pulihkan sektor pelancongan dan pulihkan ekonomi tempatan. Kami memang excited bila diumumkan pelancongan domestik akan dibenarkan semula. Jom, bina semula negara kita!

Negeri mana anda mahu terjah dulu, aktiviti apa yang paling ingin dilakukan? Dapatkan info pelancongan domestik dan aktiviti menarik di 14 negeri Malaysia disini

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/728358427995098/?v=728358427995098

Sumber : Berita Harian

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA