Secara keseluruhannya, benua Amerika adalah antara yang teruk terjejas akibat COVID--19. Setakat artikel ini ditulis, Amerika Syarikat sahaja telah mencatatkan 1,988, 544. Mungkin ketika anda membaca artikel ini, kes telah pun menjangkau angka 2 juta.
Negara lain di benua amerika juga boleh tahan mencatat kes yang tinggi. Brazil telah mencatatkan 676,494 kes , Peru 191,758 kes, Chile 127,745 kes, Mexico 113,619 kes, Kanada 95,057 kes dan banyak lagi, tak mampu kami tuliskan semuanya.
Jadi, mungkin ada yang tertanya-tanya, disebalik kes yang tinggi di benua Amerika ini, masih ada tak negara benua Amerika yang benarkan kemasukan warga asing?
Jawapannya, ada. Tetapi memang berbeza dengan benua lain. Mungkin catatan kes yang tinggi menyebabkan sangat kurang negara di Amerika yang membuka sempadan.
Setakat ini hanya ada 2 negara di Amerika yang membuka sempadan, itupun dengan pelbagai langkah keselamatan. Negara tersebut adalah :
ECUADOR
Penerbangan antarabangsa dari dan ke Ecuador telah bersambung semula sejak sekatan perjalanan antarabangsa ditarik balik oleh pihak kerajaan.
Sebaik tiba, pelawat diwajibkan untuk menandatangani borang perakuan beserta itinerari perjalanan dan maklumat untuk dihubungi.
Sumber : TourRadar
Selain itu, pelawat perlu menunjukkan keputusan negatif ujian COVID-19 yang dijalankan melalui Polymerase Chain Reaction (PCR). keputusan itu hanya sah sehingga 7 hari. Tetapi, jika pelawat tidak mempunyai kemudahan ujian PCR di negara mereka, ujian akan dilakukan di Ecuador.
Semua penumpang perlu mengasingkan diri selama 14 hari selepas ketibaan .
MEXICO
Sumber : Marriott Hotels
Pada 20 April, kerajaan Mexico secara rasmi telah menyatakan bahawa sempadan darat antara Mexico dan Amerika Syarikat akan tetap ditutup untuk perjalan tidak penting untuk tambahan 30 hari lagi. Namun, sekarang dah masuk bulan Jun.
Secara keseluruhannya, pelancong boleh memasuki Mexico cuma perlu berhati-hati terhadap kemungkinan terdapat sebarang perubahan tanpa pemberitahuan, dan juga kemungkinan beberapa syarikat penerbanga membuat peraturan tambahan kepada pelancong, yang berbeza dari arahan kerajaan.
Sumber : Qantas
Walaupun sempadan telah dibuka, tetapi pelancong perlu berhati-hati kerana masih banyak hotel belum lagi dibuka untuk tempahan dan hanya beberapa hotel dilulukan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan penginapan secara terhad kepada warga asing, atas sebab kemanusiaan.
Setakat ini hanya 2 negara itu yang dibuka. Jika anda berkeinginan ke Rio de Janeiro, Miami, Ottawa, Denver dan sebagainya. Nampaknya belum sampai masanya lagi untuk berbuat demikian.
Sumber : Wanderlust
Lebih banyak artikel menarik di Surgaroute