31 Ogos 2022, tular di aplikasi TikTok dengan pelbagai video menunjukkan suasana sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang cukup meriah. Katanya, ramai warga sanggup tidak tidur dan bermalam di Dataran Merdeka bagi memastikan mereka dapat tempat duduk terbaik.
Mula jam 4:00 pagi, sudah mula ramai warga Malaysia membanjiri Dataran Merdeka. Sehingga jam 7 pagi dilaporkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Bandaraya cukup sesak sehinggakan tren LRT tidak dapat berhenti di kedua-dua stesen tersebut.
Punyalah meriah yer. Menurut laporan Berita Harian, dianggarkan 70,000 orang telah membanjiri Dataran Merdeka pada hari tersebut. Fuh, bukan main-main.
Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi di Dataran Merdeka, tapak bersejarah yang menjadi saksi pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957.
MEmang mantap rakyat Malaysia !