HalalXPlorer Logo
hagia sophia
04 April 2022

Hagia Sophia Kembali Bergema di Malam Ramadhan Setelah 88 Tahun !

Kongsikan:

Hagia Sophia (atau cara sebutannya 'Aya Sophia') adalah sebuah bangunan ikonik di Istanbul, Turki yang menjadi saksi pelbagai peristiwa dan sejarah.

Hagia Sophia Kembali Bergema di Malam Ramadhan Setelah 88 Tahun !

Ianya dibina pada tahun 360 Masihi di bawah pemerintahan zaman Rom Byzantine sebagai gereja.Namun pada tahun 1453 Masihi, fungsi bangunan ini ditukar menjadi sebuah masjid selepas penaklukan Bandar Constantinople oleh Khilafah Uthmaniyyah dibawah pimpinan Sultan Mehmed 2 (Sultan Muhammad al-Fatih).

Hagia Sophia Kembali Bergema di Malam Ramadhan Setelah 88 Tahun !

Hagia Sophia kekal sebagai masjid berkurun lamanya sehinggalah ditutup pada tahun 1931 selama empat tahun sehingga 1935.Di bawah pemerintahan Mustafa Kemal Atartürk sebagai presiden Turki, Hagia Sophia kemudian diberhentikan fungsi sebagai masjid dan dijadikan muzium.

Pada tahun 2020, kerajaan Turki di bawah pemerintahan Presiden Reccep Tayyip Erdoğan menukar semula status Hagia Sophia daripada muzium kepada masjid namun disebabkan pandemik COVID-19, solat sunat tarawih bersempena Ramadan tidak dapat dilakukan secara berjemaah di Masjid tersebut.

Hagia Sophia Kembali Bergema di Malam Ramadhan Setelah 88 Tahun !

Kini (bermula awal Ramadhan lalu) solat Tarawih pertama kali dijalankan di Hagia Sophia selepas tempoh 88 tahun lamanya. Seluruh ruang masjid di dalam dan di luar dibanjiri oleh jemaah. Beberapa aktiviti lain juga dijadualkan untuk diadakan disini sepanjang Ramadhan kali ini.

Hagia Sophia Kembali Bergema di Malam Ramadhan Setelah 88 Tahun !

Ramai mengambil kesempatan untuk bersolat di Masjid ini memandangkan Masjid Sultanahmet (Blue Mosque) masih lagi berada dalam kerja renovasi dan penyelenggaraan sekaligus menjadikan ruang solat disitu agak terhad.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA