
Kepada anda yang telah mendapat dos vaksin lengkap atau yang akan melengkapkan dos vaksin tidak lama lagi, ini ada berita baik untuk anda.
Kerajaan negeri Kedah dijangka membuka sektor pelancongan di Pulau Langkawi pada september ini dan mereka hanya akan membenarkan individu yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk bercuti di pulau peranginan tersebut.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, pula berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah bersetuju membekalkan vaksin mencukupi bagi memastikan 80 peratus atau kira-kira 61,000 penduduk Pulau Langkawi menerima suntikan vaksin sebelum kehadiran pelancong nanti.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya yakin pembukaan Langkawi dalam tempoh dua bulan lagi akan memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau itu.
"Hotel di Langkawi sangat tenat ketika ini, kita faham dan sangat bersimpati, kita nak mempercepatkan proses suntikan vaksin, sebab saya sendiri pun mahu ke Langkawi," katanya.
Sumber : Berita Harian