HalalXPlorer Logo
JDT Perkenal Hummer Tour Mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim, Hanya RM30 Seorang !
04 April 2022

JDT Perkenal Hummer Tour Mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim, Hanya RM30 Seorang !

Kongsikan:

Nampaknya, bertambah lagi lah destinasi yang wajib anda kunjungi serta aktiviti yang boleh dilakukan bila melawat negeri Johor. Kalau dulu Stadium Sultan Ibrahim hanya meriah di hari perlawanan, tetapi kini ianya meriah dengan aktiviti hampir setiap hari !

Jika anda bukan peminat bola sepak pun memang perlu ke sini, dan jangan sekadar tengok di tepi jalan saja ya sebab ada aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini !

Stadium ikonik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim mengalu-alukan kehadiran pengunjung setiap hari mulai 1 April 2022.

Adalah menjadi objektif awal penubuhan Stadium Sultan Ibrahim sebagai pusat lawatan, riadah dan bersenam untuk keluarga dari semua rakyat yang hadir pada setiap masa, bukan sekadar stadium bolasepak eksklusif pada hari perlawanan sahaja.

Seperti Titah daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebelum ini yang mahu menjadikan Stadium Sultan Ibrahim tumpuan orang ramai setiap hari.

JDT Perkenal Hummer Tour Mengelilingi Stadium Sultan Ibrahim, Hanya RM30 Seorang !

Berbagai perancangan telah dirancang bagi memeriahkan Stadium ini. Antaranya, Hummer Tour dan diikuti nanti ‘Stadium Tour’ di mana pelawat boleh melihat sendiri di sebalik tabir Stadium.

Dengan Hummer Tour ini, orang ramai boleh merasai suasana di sekeliling stadium menaiki Hummer dengan kos RM30 seorang. Seronok tu ! Tak perlu belanjakan wang berjuta untuk menaiki kenderaan yang sangat langka ini.

Hummer tour ini akan beroperasi setiap minggu dari Jumaat hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Selain itu, buat permulaan satu restoran telah dibuka iaitu 'Woodfire Restaurant' yang beroperasi setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam dan bakal banyak lagi restoran serta premis perniagaan dan unit komersial akan dibuka dalam masa terdekat untuk kemudahan orang ramai.

Kedua-dua inisiatif terbaru dari Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim ini benar-benar mendapat sokongan daripada peminat dan penyokong kelab.

Kredit Gambar : JOHOR Southern Tigers & Harimau Selatan

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA