Fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi jajaran sejauh 16.6 kilometer (km) akan dibuka kepada pengguna mulai 12 tengah hari 16 September 2022.

Fasa pertama lebuh raya terbabit bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.
Semperna pembukaan lebuhraya tersebut, tol diberikan secara percuma selama sebulan, bermula jam 12 tengahari, 16 September.

Pengguna yang bakal menggunakan laluan lebuh raya alternatif ini diharap mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memandu secara berhemah.
Syarikat konsesi juga diingatkan agar mengambil langkah proaktif bagi memastikan tahap perkhidmatan dan operasi yang terbaik diberikan kepada pengguna.