Rekaan unik dan cantik Dash Resort di Langkawi pastinya akan menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung ke Langkawi.
Dash Resort Langkawi yang beroperasi dari bulan April 2018 ini direka dengan berkonsepkan kolonial Perancis dan kisah dongeng Alice in Wonderland. Pastinya anda akan terpegun dengan kecantikan yang ditawarkan resort ini.
Malah, Dash Resort Langkawi pernah juga diiktiraf sebagai Resort dengan Reka Bentuk Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards yang berprestij berikutan keunikan reka bentuknya. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dan resort tersebut merupakan hotel pertama di Langkawi yang memenangi anugerah sedemikian.
Dash Resort Langkawi sedia menerima kunjungan anda dengan harga satu malam bermula sekitar RM500. Untuk menempah serta maklumat lanjut mengenai Dash Resort Langkawi, anda boleh layari laman web ini.