Kalau nak cari villa percutian di kawasan yang tenang tetapi tidak terlalu jauh dari bandar, atau sekadar mencari tempat untuk mengadakan acara keluarga, boleh pilih Villa Sajuri.
Villa ini terletak di Kampung Sungai Sembilang, Pantai Remis, Jeram. Kalau ada yang tak tahu Pantai Remis ni, dia terletak di antara Klang dan Kuala Selangor.
Villa ini menggunakan konsep ala-ala rumah di Maghribi. Dengan 4 bilik tidur, 12 katil dan 5 bilik air, villa ini boleh memuatkan lebih kurang 16 tetamu.
Kemudahan memang lengkap dengan penghawa dingin, peralatan dapur, BBQ, dan juga bath tub.
Selain itu, ada juga beberapa kemudahan hiburan disediakan iaitu kolam renang, meja ping pong, meja pool. karaoke, televisyen & astro, wifi, 'wall drawing', rumput karpet dan juga 'projector'.
Tempahan
Untuk membuat tempahan boleh klik pautan di bawah.
- Airbnb :
- Facebook : Villa Sajuri
- Whatsapp : 019-3343686 (Hanis)
Lokasi
?Villa Sajuri, Kampung Sungai Sembilang, 45600 Jeram, Selangor